Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 7, 2025 @ 2:03pm

Gara-Gara Trend ‘Jamilah’, Netizen ‘Kenenkan’ Zara Zya & Que Haidar… Ini Respons Empunya Badan – “Kadang Kala Agak Menekan, Tapi…”

Pelakon dan penyanyi Zara Zya turut ‘dikenenkan’ dengan aktor kacak, Que Haidar gara-gara membuat trend lagu ‘Jamilah’ yang sedang tular di TikTok itu.

Video yang dimuat naiknya itu telah meraih pelbagai reaksi netizen yang mula bergurau kononnya kedua-dua pelakon itu tampak ‘sepadan’ dan sesuai dijodohkan bersama.

Namun, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, menjelaskan setiap kandungan dihasilkan di TikTok hanya berasaskan kreativiti dan hiburan semata-mata, tanpa niat mengaitkan mana-mana individu.

“Untuk semua content saya di TikTok, tak ada kena-mengena dengan mana-mana individu. Saya buat berdasarkan kreativiti, imaginasi, kelapangan masa dan ikut lagu apa yang tengah trending.

“Saya tak ada niat atau terfikir nak kaitkan dengan sesiapa pun,” jelasnya ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahunnya baru-baru ini.

Aktres drama Love You Mr Arrogant ini turut menambah, dia sebenarnya tidak mengambil hati dengan gurauan peminat, namun mengakui ada kalanya situasi itu boleh memberi sedikit tekanan.

“Peminat saya suka ‘kenenkan’ dengan ramai orang… banyak sangat nama yang disebut dalam komen.

“Alhamdulillah, saya anggap benda tu kelakar dan sporting. Tapi kadang-kadang tu agak menekan juga sebab mereka tetap nak ‘ship’ saya dengan individu tertentu.

“Cuma saya harap biarlah berpada-pada sebab apa yang kita komen itu mungkin mengguris hati seseorang, sama ada saya ataupun individu yang disebut,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Zara berkata dia tetap bersyukur kerana ramai yang masih mengikuti setiap perkongsiannya di media sosial dan menganggap itu sebagai tanda sokongan.

“Bagi saya, selagi orang tengok TikTok saya dan menanti content baharu, Alhamdulillah… itu tandanya saya masih lagi diterima.

“Setiap kali buat siaran langsung pun, saya cuba rapatkan diri dengan penonton sebab saya nak rasa lebih dekat dengan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 14 Mar 2019

Atasi Masalah Gusi Dengan Cara “Gumbatte” Bersama Aeril dan Wawa!

Nafas berbau, gigi rapuh, gusi berdarah dan sebagainya antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai orang. Tapi, sekarang korang tak perlu lagi risau ada caranya untuk mengatasi masalah gusi iaitu melalui “Gumbatte”.

Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

PU Abu, Do you Think Marriage is a Joke?

Did we see this coming or did we see this coming? *sigh* literally have no words…

Trending Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!