Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 11, 2025 @ 4:42pm

“Saya Memang Fun, Tapi Tak Sempat Nak ‘Kacip’ Kat Media Sosial” – Farah Lee

Aktivis kemanusiaan dan pempengaruh, Farah Lee memohon maaf kepada segelintir netizen yang kecewa apabila dirinya tidak tampil ‘kacip’ atau bersikap terlalu mesra di media sosial seperti yang diharapkan.

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 36, menjelaskan, sikapnya di platform media sosial tampak lebih tenang dan serius kerana kekangan masa serta komitmen terhadap tanggungjawab lain di luar talian.

“Minta maaf ya yang kecewa mengharap saya ‘kacip-kacip’ dekat Threads. Dalam interaksi sebenar saya memang kacip, terutama dengan kawan-kawan,” katanya.

Menurut Farah, walaupun dirinya dikenali sebagai individu yang ceria dan santai dalam kehidupan harian, dia memilih untuk mengawal gaya perkongsian di media sosial agar tidak menjadi bahan tontonan yang sia-sia.

“Saya tak sempat nak ‘kacip-kacip’ kat sini sebab banyak komitmen. Nak aktif dekat media sosial saja-saja memang tak ada masa.

“Lagi pun, saya tak suka sangat tengok perkongsian yang tak perlu. Saya harap anak muda membesar dengan melihat kandungan yang ada isi,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Farah yang juga graduan dalam bidang sains sosial berkata, penggunaan media sosial seharusnya membentuk pemikiran anak muda supaya lebih matang, bukan sekadar hiburan yang tidak berfaedah.

“Tak perlu formal atau membosankan pun, cukup santai tapi ada nilai. Kita perlu anak muda yang matang seperti Ibnu Abbas, Anas Ibn Malik dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang mampu memimpin pada usia belasan tahun,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022
Trending Mon, 19 Oct 2020
Hiburan Tue, 26 Aug 2025

Keith Foo Syukur Jumpa Calon Sesuai, Riena Diana Dapat Restu Anak

Keith Foo syukur Riena Diana rapat dengan Skylar

Trending Tue, 26 Dec 2023
Trending Tue, 10 Nov 2020
Hiburan Fri, 5 Jul 2024
Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Jamal Abdillah Teringin Lihat Anak Kedua Jadi Mufti

Insya Allah… semoga impian Dato Jamal dimakbulkan Allah SWT.

Trending Thu, 27 Dec 2018

Lirik ‘Kemarin’ Gambaran Episod Sedih Sedang Dilalui Ifan Seventeen Ketika Ini. Salam Takziah!

Ifan bukan sahaja kehilangan tiga rakan pemuzik yang bersamanya sejak 20 tahun lalu, bahkan isteri tercinta, Dylan Sahara.

error: Content is protected !!