Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 10, 2020 @ 1:52pm

Masih Ada Yang Degil! Wanita Ini Sanggup Sorok ‘Gelang Pink’ Sebab Nak Shopping

Seorang wanita berusia lingkungan 33 tahun dan memakai gelang tangan berwarna merah jambu dikesan mengunjungi sebuah pasar raya di Bandar Melaka, lapor Berita Harian.

Justeru itu, tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit mencetuskan panik di kalangan orang ramai.

Jalani tempoh kuarantin sehingga Khamis ini

Wanita yang dipercayai menjalani tempoh kuarantin sehingga Khamis ini sanggup menyorokkan gelang yang dipakainya itu untuk mengelak status kesihatan beliau.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, wanita terbabit didapati melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana keluar membeli-belah bersama saudara lelakinya.

Disedari orang awam

Afzanizar turut memaklumkan, gerak-geri wanita terbabit dipercayai disedari oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pengawal keselamatan pasar raya terbabit.

“Pengawal keselamatan kemudian mengarahkan wanita itu keluar dari premis dan memintanya menunggu di hadapan pejabat pengawal keselamatan, sebelum menghubungi Balai Polis Batu Berendam”

” Sementara menunggu ketibaan polis, pengawal keselamatan itu menyoal siasat wanita terbabit dan mendapati dia pergi ke pasar raya berkenaan bersama seorang saudara lelaki,” katanya.

Setibanya polis di lokasi kejadian, wanita berkenaan bersama lelaki itu diarah pulang ke rumah untuk menyambung kuarantin sambil diiringi kereta peronda polis bagi memastikan mereka sampai ke rumah.

Tambahnya, siasatan mendapati wanita itu adalah Orang Di Bawah Pengawasan (PUS) dan tempoh kuarantin berakhir pada 12 November ini.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan wanita tersebut telah dimaklumkan untuk menyerah diri ke balai polis selepas tempoh kuarantin tamat serta menunjukkan keputusan ujian Covid-19 ke atasnya negatif.

Siasatan terhadap wanita itu juga dilakukan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Thu, 2 Apr 2026

5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Zizi Kirana Syukur Urusan Cerai Selesai – “Terima Kasih Semua”

Status rumah tangga yang dibina selama lima tahun membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin akhirnya menemui titik noktah selepas kedua-duanya dilaporkan sah bercerai talak satu pada Khamis.

Kisah Viral Wed, 28 Feb 2024
Featured Sun, 30 Jan 2022
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Erysha Emyra Terkejut Rumah Dipecah Masuk, Barang Kemas & Duit Raya Lesap – “Sedih & Trauma, Tapi Syukur Semua Selamat”

Kejadian itu berlaku ketika dia keluar berbuka puasa sebelum menerima panggilan cemas daripada adik-beradiknya

Hiburan Thu, 15 Aug 2024
error: Content is protected !!