Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2025 @ 12:51am

Hidupkan Watak Khunsa, Jasmin Suraya Bangga Filem ‘Pavane For An Infant’ Wakili Malaysia Ke Oscar

Pelakon Jasmin Suraya tidak menyangka filem lakonannya, Pavane for an Infant, dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-98 yang bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat tahun hadapan.

Jasmin mengakui pemilihan karya arahan Chong Keat Aun itu menjadi momen paling bermakna dalam kariernya serta buat seluruh pasukan produksi yang terbabit.

“Terkejut juga bila tahu filem ni terpilih, sebab tak sangka akan sampai ke tahap ni. Tahun ni pun banyak filem Malaysia yang hebat, tapi Pavane for an Infant berjaya menonjol antara yang terbaik.

“Saya sangat bersyukur dan gembira sebab ini kali pertama saya terbabit dalam filem yang mewakili Malaysia ke Oscar.

“Bagi saya, ini pencapaian besar dan bukti bahawa karya tempatan juga mampu diterima di pentas dunia,” katanya.

Menurut Jasmin, kejayaan filem itu bukan berpaksikan nilai komersial, sebaliknya pada kekuatan jalan cerita serta kejujuran sinematografi yang dipersembahkan.

Dia juga berbangga kerana naskhah terbitan Janji Pictures Production Sdn Bhd itu terlebih dahulu mencipta nama di beberapa festival antarabangsa, termasuk Festival Filem New York Asia ke-24 dan Festival Filem Golden Horse Taipei yang disifatkan sebagai ‘Oscar’ bagi dunia sinema China, Hong Kong dan Taiwan.

“Ini satu permulaan yang baik untuk filem Malaysia. Pavane for an Infant bukan filem arus perdana, tapi nilai seni dan mesej kemanusiaannya sangat kuat. Ia buktikan bahawa cerita yang jujur dan menyentuh hati masih relevan,” ujarnya.

Dalam filem tersebut, Jasmin membawakan watak Nurul, seorang wanita interseks (khunsa) yang bergelut dengan identiti diri.

Menurutnya, cabaran terbesar bukan sekadar dari segi fizikal, tetapi bagaimana memahami konflik emosi yang dilalui watak itu.

“Nurul dilahirkan dengan dua jantina, tapi ayahnya memilih untuk membesarkan dia sebagai perempuan. Dari situ timbul perasaan malu dan keliru sebab dia tak pernah diberi peluang untuk tentukan siapa dirinya.

“Saya cuba faham rasa kehilangan dan kemarahan dalam diri dia. Dari situ datang emosi yang saya bawa dalam lakonan,” katanya.

Jasmin turut berkongsi pengalaman dibimbing oleh pelakon senior Ida Nerina, yang berperanan sebagai jurulatih lakonan untuk filem ini.

“Saya banyak belajar dengan Ida Nerina tentang cara membina karakter. Selain itu, saya belajar menunggang motosikal dan turun ke lokasi seorang diri supaya saya dapat rasa kehidupan Nurul yang datang daripada keluarga B40,” katanya lagi.

Selain Jasmin, Pavane for an Infant yang ditayangkan pada Ogos lalu turut menampilkan Fish Liew, Natalie Hsu, Ben Yuen dan beberapa pelakon lain.

Filem ini mengisahkan Lai Sum, seorang pekerja di pusat perlindungan bayi yang membantu remaja perempuan hamil bawah umur menghadapi dilema sama ada mahu meneruskan atau menggugurkan kandungan.

Namun, keputusan yang diambil membawa mereka ke dalam perjuangan getir melawan tekanan patriarki dan keagamaan yang akhirnya mengancam maruah dan keselamatan diri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Dec 2021

“Peh, Baru 8 Hari Dah Cergas!” – Netizen Kagum Dengan Wawa Zainal Lawat Pejabat Ketika Berpantang

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menyambut anak mereka yang keempat pada 30 November lalu. Biarpun masih dalam tempoh berpantang, aktres berusia 30 tahun itu tampil bertenaga melawat pejabatnya. Wawa yang juga […]

Featured Tue, 9 Dec 2025

Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang tidak peka menggunakan lif di pusat membeli-belah sehingga menyusahkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan membawa stroller.

Hiburan Mon, 7 Jul 2025

Didakwa Ada ‘Baby Bump’, Marsha Milan Nafi Hamil

Makan banyak, Marsha Milan tak mengandung

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Masa Kahwin Pun Tak Peduli, Dah Cerai Lagi Lepas Tangan” – Abby Abadi Luah Realiti Ramai Ibu Terpaksa Hadap

Menurut Abby, soal nafkah anak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana setiap tanggungjawab yang diabaikan akan dipersoalkan kelak.

Hiburan Tue, 9 Dec 2025
Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

TAHNIAH! ZIZIE IZETTE DAPAT ANAK KEMBAR, TAK KISAH BERAT NAIK HAMPIR 90KG DEMI ANAK

Dalam satu post di Instagramnya, Zizie turut meluahkan bahawa berat badannya naik hampir 90 kg sepanjung mengandungkan anak kembarnya namun dia percaya berat badannya akan turut seperti sedia kala selepas proses berpantang.

error: Content is protected !!