Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 9, 2025 @ 3:27pm

“Tak Perlu Stereotaip, Jangan Sebab Isu Itu Terus Hukum ‘Mat Rempit'” – Zul Huzaimy Buka Mulut Konflik Rumah Tangga Haqiem Stopa

Pelakon Zul Huzaimy tampil menegur sikap segelintir netizen yang menjatuhkan hukum terhadap golongan mat rempit hanya kerana kontroversi rumah tangga pempengaruh permotoran, Haqiem Stopa.

Memetik laporan Harian Metro, Zul atau nama lengkapnya, Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata tidak wajar satu kelompok dipandang rendah semata-mata kerana stereotaip yang tercetus oleh masyarakat.

“Jangan terus hukum mat rempit. Kita semua sama saja. Jangan sebab mereka mat rempit, kononnya tak ada kelas,” katanya.

Zul menjelaskan, ramai budak motor hanya aktif pada hujung minggu dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain, selain juga bekerjaya.

“Mereka pun bekerja, ada komitmen. Dan kalau saya nak jujur, ada lagi manusia lain yang perangainya lebih teruk daripada apa yang sering dikaitkan dengan mat rempit,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemelut rumah tangga Haqiem, Zul berkata dia percaya pasangan itu boleh menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa penglibatan pihak luar.

“Saya kenal Haqiem, kami pernah jumpa dan berhubung. Dia jemput saya ke majlis kahwinnya pun. Dia budak baik… mungkin ada cemburu atau salah faham,” katanya.

Aktor filem Kl Menjerit 1 ini turut menegaskan isu rumah tangga tidak sewajarnya dibesarkan kerana hanya pasangan terbabit mengetahui cerita sebenar.

“Orang lain tak tidur di tengah-tengah bantal mereka. Biarlah mereka sendiri cari jalan penyelesaian. Saya doakan yang terbaik buat kedua-duanya,” tambahnya lagi.

Isu pasangan itu mula jadi bualan selepas isteri Haqiem, Aireena Sofia, memuat naik rakaman pengakuan seorang remaja perempuan yang mendakwa tidur sebilik dengannya.

Susulan itu, Aireena memfailkan permohonan cerai pada 4 November lalu dan kes sedang berjalan di Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 May 2025
Hiburan Tue, 1 Jan 2019

TAHNIAH! Elfira Loy Kini Bergelar Mrs Faris

Selamat Pengantin Baru El & Faris… Tahniah!

Trending Fri, 9 Apr 2021

Cipta Sejarah Baru, K-Clique Jalin Kolaborasi Dengan…

Sejarah baru tercipta apabila kumpulan popular, K-Clique, kini menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak. K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu, […]

Featured Sat, 21 Jan 2023
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Maria Nafi Menyewa Banglo Beratus Ringgit

Pengacara terkenal rancangan Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri menafikan dakwaan menyewa banglo tujuh tingkat dengan harga RM120,000 sebulan.

Trending Sat, 17 Jul 2021

“Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan respons terhadap isu panas yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dan pendakwah Ustaz Ebit Lew. Berharap agar perselisihan faham ini dapat […]

Trending Wed, 14 Mar 2018

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

Featured Thu, 7 Sep 2023
error: Content is protected !!