Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 13, 2025 @ 2:00pm

“Nilai Kemanusiaan Bukan Datang Dari Perkara Yang Besar Tapi…” – Fiza Sabjahan Sebak Kilang Roti Sediakan Makanan Buat Pekerja

Pengacara popular, Fiza Sabjahan meluahkan rasa sebak selepas berpeluang melawat kilang roti terkenal baru-baru ini.

Kata Fiza, apa yang dilihat di sana bukan sekadar tentang operasi pengeluaran makanan, tetapi nilai kemanusiaan yang diterapkan dalam suasana kerja di kilang tersebut.

Menurut Fiza, kemudahan yang disediakan pihak syarikat itu menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pekerja, khususnya bagi mereka yang mungkin berdepan kesempitan hidup.

“Semalam saya melawat kilang Gardenia. Bersih sangat dan tersusun. Tenang nampak suasana kerja di sana.

“Tapi yang paling buat hati tersentuh mereka masih ada kantin untuk pekerja. Tempat makan yang disediakan khas, supaya pekerja tak perlu beli atau bawa bekal dari rumah. Sebab terfikir, kalau ada antara mereka yang tak cukup duit nak makan di rumah sekurang-kurangnya di tempat kerja, mereka boleh isi perut.

“Tak ada siapa yang akan lapar haritu. Tak ada siapa akan tersisih,” katanya menerusi hantaran di Threads.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fiza Sabjahan (@fizasabjahan)

Berkongsi lanjut, pengacara Wanita Hari Ini itu menyifatkan, tindakan kecil yang ditunjukkan sering kali diabaikan oleh sesetengah pihak meskipun ia membawa maksud yang besar dalam kehidupan seseorang.

“Kadang nilai kemanusiaan bukan datang dari perkara besar semata atau kata-kata indah tapi dari perhatian dan keprihatinan kecil macam ni.

“Yang buat kita sedar, rezeki  bukan sekadar apa yang kita dapat tapi apa yang kita kongsi,” katanya.

Menerusi ruangan balas, rata-ratanya memuji sikap prihatin yang ditunjukkan syarikat kilang roti tersebut bagi meringankan beban pekerjanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Nov 2025

“Cakaplah Apa Pun, Itu Urusan Mereka Dengan Allah” – Fazura

Individu tersebut mendakwa aktres itu bertindak ‘membuli’ malah berkongsi semula foto milik anaknya.

Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Featured Tue, 28 Oct 2025

Tersedar 2 Jam Sebelum Majlis, Anzalna Mohon Maaf Berbusana Putih Ke Resepsi Fattah Amin & Amira Othman

Anzalna memaklumkan, dia terlupa mengenai majlis berkenaan dan hanya sempat bersiap dua jam sebelum acara bermula.

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Featured Wed, 21 May 2025
Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
error: Content is protected !!