Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2025 @ 2:59pm

Ucapan Hari Lahir Bapa Mentua Bertukar Syahdu, Rebecca Nur Al Islam Beri Bayangan Banyak Pendam Hal Rumah Tangga?

Pelakon Rebecca Nur Al Islam sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi ucapan penuh emosi buat bapa mentuanya, yang disapa sebagai Abah, sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Rebecca meluahkan rasa hormat dan kasih mendalam terhadap lelaki itu, selain menitipkan doa agar Abah terus diberi kesihatan dan dilindungi Allah SWT.

“Semoga Abah sentiasa dalam rahmat Allah. Becca minta maaf tak sempat jumpa Abah. Abah jaga diri, ya.

“Becca sayang Abah sangat. Esok, 21 November, hari lahir Papa Becca… dan Becca dah tak ada Papa. Sebenarnya Becca rindu pelukan seorang ayah. Maafkan Becca, Abah dan Mak,” luahnya yang nyata sarat kerinduan.

Namun di sebalik ucapan itu, Rebecca turut mengakui banyak perkara yang dipendam sepanjang bergelar isteri kepada bekas suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman.

“Perkahwinan Becca dengan Azam… terlalu banyak yang Becca simpan dan tak mampu diucapkan dengan kata-kata, Abah.

“Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau Becca pernah kecilkan hati Abah dan Mak sepanjang jadi menantu,” katanya.

Rebecca turut mengakui tidak pernah menyangka jodohnya berakhir, namun reda dan memilih menjaga maruah kedua-dua keluarga.

“Becca tak sangka jodoh Becca dan Azam sampai di sini saja. Biarlah tiada siapa tahu kerana Allah lebih mengetahui.

“Semoga aib Becca dan Azam Allah simpan dan jaga. Pandangan orang lain tak penting… hanya Allah saja tahu,” ujarnya.

Sebelum ini, rumah tangga Rebecca dan Datuk Nur Azam dilaporkan berakhir selepas 18 tahun melayari kehidupan bersama. Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata serta membesarkan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 16.

Artikel Berkaitan: Jadi Ibu Tunggal Anak 7, Rebecca Nur Al Islam Enggan Dedah Punca Cerai – “Saya Masih Dalam Proses Pulihkan Diri”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Apr 2021

“Kepom Pun Dah Tak Lama Dalam Industri” – Elly Mazlein Bakal Bersara Dari Dunia Hiburan?

Rezeki pengacara dan pelakon, Elly Mazlein semakin bertambah semenjak kemunculannya dalam drama bersiri Kampung People mulai mendapat perhatian. Menerusi Instagram rasminya, Elly memuat naik hantaran terbaru berkongsi mengenai rezeki anugerah Tuhan, malah dia juga menjelaskan […]

Featured Wed, 15 Feb 2023

Tak Mahu Dihantui Kisah Silam, Fizi Ali Menyulam Cinta Bersama Rakan Niaga – “Dia Adalah Wanita Yang…”

Wahh, dah jumpa pengganti. Paling best anak dan kekasih Fizi boleh jadi geng!

Trending Sat, 21 Mar 2020
Trending Thu, 5 Mar 2020

[TERKINI] Sebenarnya Betul Ke Hand Sanitizer Boleh Bunuh Virus COVID-19?

Disebabkan wabak Covid-19, orang pertikaikan sama ada betulkah hand sanitizer pilihan terbaik untuk mencegah dan membunuh virus tersebut?

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Hiburan Tue, 4 Mar 2025
error: Content is protected !!