Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2025 @ 12:13pm

Dakwaan Ke Hollywood Hanya Gurauan, Meerqeen Jelaskan Punca ‘Menyepi’ Di Media Sosial

Pelakon, Meerqeen, menafikan khabar angin kononnya dia sedang membuat persiapan untuk melebarkan sayap ke Hollywood.

Menurut Meerqeen, spekulasi itu timbul selepas ramai tersalah faham perbualannya menerusi panggilan telefon bersama rakan seindustri, Fazziq Muqris, yang tular baru-baru ini.

“Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa pula yang cakap begitu?

“Panggilan telefon itu sekadar gurauan antara saya dan Fazziq,” jelasnya.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, tidak menolak peluang jika suatu hari nanti rezekinya terbuka untuk beraksi di persada antarabangsa.

“Kalau ada rezeki, sudah tentu saya akan ke sana. Itu impian semua pelakon. Jika ada peluang, insya-Allah,” katanya.

Jelasnya lagi, persiapan yang dilakukannya ketika ini lebih tertumpu kepada projek filem terbaharu, dan bukannya untuk ke Hollywood seperti yang disangka ramai.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Klepet yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.

Mengulas mengenai tindakannya yang kurang aktif di media sosial, aktor drama rantaian terkenal Melur Untuk Firdaus ini berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memberikan ruang kepada peminat melihat sisi berbeza dalam setiap watak yang dibawakannya.

“Saya tidak berkongsi banyak perkara di media sosial bukan kerana mahu menjauhkan diri. Saya diam sebab saya tak nak berkongsi perjalanan karakter baharu saya dalam industri.

Saya hanya berkongsi tentang kerja saja. Tak akan ada ‘selfie’, daily update seperti selalu. Saya hanya mahu peminat melihat perubahan dan perkembangan diri saya dalam projek seterusnya.

“Anggaplah ini sebagai satu kejutan kecil,” katanya.

Terdahulu, hantaran yang dimuat naik di Instagram seolah-olah memberi petunjuk mengatakan dia ingin berehat daripada media sosial, sekali gus mencetuskan dakwaan dia sedang mempersiapkan diri untuk ke Hollywood.

Bagaimanapun, Meerqeen menegaskan ia hanyalah salah faham.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Nov 2020
Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Wed, 7 Aug 2024

Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

Kadang memang perlu juga nak rancang ni, kena fikir banyak benda 🥺

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

首部登国家剧院三语舞台剧《最后国土》

配合马来西亚即将迎来61周年国庆,国家剧院首次让一部讲述中国移民的三语舞台剧登场,相信会引起大家的哄动之际,也会让人看到了国家剧院的一番新形象。

Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Wed, 12 Feb 2025
Trending Tue, 1 Dec 2020
error: Content is protected !!