Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2025 @ 3:47pm

Hot FM Kayuh 450KM Demi Dekati Peminat Dalam BESKAL Bekpes Hot!

Hot FM terus membuktikan bahawa radio bukan sekadar bersiaran dari studio, sebaliknya mampu dibawa ke mana-mana.

Menerusi kempen terbaharu “MI SEDAAP BESKAL Bekpes Hot”, pasukan Bekpes Hot yang terdiri daripada KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG memulakan kayuhan sejauh 450 kilometer (KM) dari Alor Setar ke Shah Alam selama lima hari bermula semalam, membawa mesej semangat, ketahanan dan kebersamaan kepada rakyat Malaysia.

Inisiatif ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi juga menunjukkan usaha Hot FM untuk mendekatkan diri dengan pendengar di seluruh negara. Sepanjang perjalanan, pasukan Bekpes Hot akan berhenti di beberapa lokasi bagi mengadakan Siaran Luar (Outside Broadcast – OB) bersama peminat setia.

Pendengar berpeluang hadir ke lokasi-lokasi tersebut, berinteraksi dengan penyampai kegemaran mereka dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Kempen BESKAL Bekpes Hot dilaksanakan untuk menampilkan bahawa radio tidak lagi terhad dalam konti, sebaliknya boleh dibawa ke jalanan dan kekal dekat dengan masyarakat.

Perjalanan sejauh 450KM yang merentasi beberapa negeri selama lima hari ini dijangka penuh cabaran, namun semangat pasukan Bekpes Hot untuk menghiburkan rakyat menjadi pendorong utama sepanjang misi tersebut.

Kempen ini turut mengetengahkan nilai disiplin, daya tahan dan kerja berpasukan, seiring dengan komitmen Hot FM untuk menginspirasikan rakyat Malaysia agar terus aktif, positif dan bersemangat dalam menghadapi apa jua cabaran.

“Beskal Bekpes Hot merupakan simbol bagaimana sebuah stesen radio boleh bergerak lebih jauh daripada konti untuk benar-benar berada bersama komuniti.

“Kayuhan sejauh 450 kilometer ini bukan sekadar satu cabaran fizikal untuk pasukan Bekpes Hot, tetapi juga satu perjalanan untuk membuktikan bahawa Hot FM komited untuk mendekati peminat di mana jua mereka berada.

“Melalui siri siaran luar sepanjang laluan dari Alor Setar hingga Shah Alam, kami mahu mencipta pengalaman radio yang hidup, interaktif dan penuh semangat kebersamaan,” kata Raja Khairil selaku Pengarah Kandungan Kanan Hot FM.

Hot FM juga percaya kempen ini bukan sahaja menghubungkan kami dengan peminat, tetapi juga menginspirasikan rakyat Malaysia tentang pentingnya gaya hidup sihat, daya tahan dan semangat ‘kita boleh’ yang menjadi identiti stesen radio tersebut.

“Kami sentiasa menghargai peminat yang menyokong kami hingga kami menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia. Tanpa mereka, kami tiada di posisi ini. Jadi ini lah cara untuk kami dekati penyokong kami dan ini cara untuk kami ucapkan terima kasih kami kepada mereka.

“Kami berharap perjalanan ini menjadi pengalaman bermakna bukan sahaja kepada pasukan Hot FM, tetapi juga kepada peminat yang akan bersama-sama menyokong di setiap hentian,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi persinggahan dan aktiviti sepanjang kempen, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @hotfm976 atau strim secara langsung di Audio+.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

iKON Departs for Japan, Leaves Fans Heartbroken

Such a sad day for iKONICs! Be strong!

Featured Sun, 7 Mar 2021

Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Hari Ini, Cara Buat Permohonan Baru

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu bermula hari ini. Menerusi Facebook rasmi KWSP, kemas kini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Mon, 19 Jan 2026

“Minta Maaf Orang Alor Setar, Saya Bukan Berlagak” – Ezzanie Jasny

Ezzanie menjelaskan keadaan tersebut berlaku atas sebab wajahnya masih bengkak

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Hiburan Fri, 22 Aug 2025

Rumah Tangga Sedang Bergolak, Artis Lelaki Kantoi Berhibur Di Kelab Malam Dengan Wanita.. Dikritik Tak Sedar Diri

Individu yang enggan dikenali mendedahkan artis lelaki tersebut seolah-olah tidak terkesan dengan isu rumah tangganya

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

“JAGA TEPI KAIN KAU SENDIRI LA MAK CIK BAWANG ! CILAKA! HANAT!”- FARA MENDOZA MEROYAN LAGI!

Kali ini Fara Mendoza sekali lagi tampil memulakan tahun 2018 dengan isu panasnya memakai baju melihatkan payudaranya

error: Content is protected !!