Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2025 @ 10:12am

Abby Abadi Tegur Adegan Mencolok Mata Dalam Drama Melayu – “Jangan! Zina Berat Tu”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menegur lambakan adegan yang disifatkan sebagai tidak wajar dalam drama tempatan khususnya membabitkan aksi bersentuhan dan berpakaian mencolok mata.

Kata Abby, dunia lakonan juga perlu diberi perhatian serius kerana setiap babak dalam drama Melayu mampu memberi kesan kepada penonton dan pelakon sendiri.

“Ya setuju dunia lakonan pun harus diberi perhatian.

“Babak-babak mencolok mata, bersentuhan, berkemban semua tu minta dielakkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abby atau nama lengkapnya,  Arbaiyah Abdul Manan turut memberikan pandangan peribadinya terhadap pelakon yang sudah berkahwin tetapi digandingkan dalam adegan intim sehingga menimbulkan ketidakselesaan.

Malah, perkara sedemikian boleh menjadi punca kepada masalah yang lebih besar dalam kehidupan seseorang sekiranya hal sedemikian tidak dibendung.

“Suami atau isteri orang kalau bergandingan, janganlah bersentuhan, cium kepala, cium dahi bagai… Jangan! Zina berat tu.

“Itu semua punca jadi masalah besar pada kehidupan kita… Andai semua mengetahui,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukup Bertuah Dapat Suami Pengasih & Penyayang..”- Abby Abadi Harap Rumah Tangga Pempengaruh Indonesia Dapat Diselamatkan

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fitnah Pengantin? Abby Abadi Tampil Bersuara!

ARTIKEL BERKAITAN:“Minat Pada Sesiapa Pun, Jangan Berlebihan” – Teruk Dicaci, Abby Abadi Kesal Kenyataan Disalah Tafsir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Apr 2025

“Keprihatinan Bukan Retorik, Tetapi Tindakan” – Afdlin Shauki

Afdlin Shauki berharap dapat meraih sokongan ramai agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Trending Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Mon, 10 Feb 2020

Naim Daniel Julang #AJL34 Menerusi Sumpah!

Tahniah kepada semua pemenang!

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

Hiburan Sun, 19 May 2019

Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah Dynas Mokhtar!

Pelakon Dynas Mokhtar selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat lalu. Berita gembira ini dikongsi oleh pelakon drama KL Gangster: Underworld menerusi laman Instagramnya sebentar tadi. ” Ketentuan Illahi. Alhamdulillah. MasyAllah anak lelaki untuk kami. Kami […]

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini

error: Content is protected !!