Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 24, 2025 @ 5:14pm

“Saya Tak Merajuk Dengan Industri, Bekerja Bukan Kerana Anugerah” – Nadhir Nasar

Pelakon, Nadhir Nasar akhirnya tampil menjernihkan spekulasi selepas hantarannya di aplikasi X menimbulkan persoalan ramai sehingga ada yang menyangka dirinya seolah-olah berkecil hati dengan industri hiburan.

Namun, Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, telah menafikan dakwaan tersebut sekaligus menegaskan dia masih komited dengan dunia seni.

“Saya tak merajuk dengan industri langsung. Saya masih bekerja, masih berlakon… tak timbul isu saya jauh hati dengan sesiapa.

“Saya baru lima tahun dalam industri. Bukanlah hebat sangat pun, masih banyak yang saya perlu belajar,” katanya.

Menurutnya, persepsi kononnya dia ‘kecewa’ kerana tidak memenangi anugerah juga tidak pernah bermain di fikirannya.

“Ramai tanya kenapa saya tak menang anugerah. Dari dulu saya dah pegang satu prinsip, kita bekerja bukan kerana anugerah,” katanya.

Bagi Nadhir, kemenangan bukanlah kayu ukur utama seorang pelakon, namun sebaliknya perkara yang lebih penting baginya ialah kejujuran dan ketulusan dalam menghidupkan karakter yang diberi.

“Kita bekerja dengan ikhlas. Saya percaya rezeki Tuhan akan sampai tepat pada masa yang sepatutnya.

“Tak ada apa yang saya kejar. Kalau umur panjang, saya masih boleh menang anugerah pada usia 42 tahun… atau 55 tahun sekali pun.

“Tak ada siapa kata saya wajib menang masa tengah ‘panas’. Saya bukan macam tu,” katanya lagi.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Klepet baru-baru ini.

Walaupun tidak mengejar glamor, Nadhir tetap mengakui dia tetap menyimpan cita-cita untuk membawa pulang trofi Festival Filem Malaysia (FFM) suatu hari nanti.

“Kalau boleh, memang saya sasarkan kemenangan di FFM. Setiap anugerah ada nilai sendiri, tapi untuk menang itu rezeki.

“Kalau ditakdirkan menang, Alhamdulillah… itu hasil kerja keras kita dalam setiap drama atau filem.

“Bagi saya, semua anugerah adalah kemenangan. Tak ada istilah anugerah mana lebih hebat atau tidak. Kalau tak menang, saya akan usaha lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadhir kini membintangi sebuah filem komedi, Klepet yang bakal ditayangkan pada 27 November ini.

Selain Nadhir, filem tersebut turut menampilkan barisan artis hebat tanah air lain seperti Meerqeen, Aedy Ashraf, Joey Daud, dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2017

ISYANA SARASVATI DENGAN PARADOXNYA

Penyanyi yang boleh dianggap sebagai seorang yang talented dan versatile ini bisa dilabel sebagai seorang yang “Beauty with Brain” kerana sifatnya yang sederhana tetapi punyai skill yang luar biasa dalam mengendalikan instrument muzik.

Featured Wed, 27 Dec 2023

Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

MasyaAllah, baiknay Datuk dan Datin yang sentiasa doakan Puteri Sarah ❤️❤️❤️

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Isu Jual Topi Tiruan, Fariz Isqandar Ambil Iktibar – “Perniagaan Lebih Berkat, Hati Rasa Lapang”

Fariz Isqandar syukur Allah jentik hati, jauh dari tamak dalam berniaga

Featured Thu, 31 May 2018
Hiburan Mon, 25 Feb 2019
Hiburan Sat, 17 May 2025
error: Content is protected !!