Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 30, 2025 @ 1:17am

Marsha Milan Serikan Malaysia Fest Di Sydney, Suntik Pesona Borneo & Nostalgia Di Pentas Antarabangsa

Penyanyi versatil tanah air, Marsha Milan, terus mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dijemput membuat persembahan khas pada Malaysia Fest 2025 yang berlangsung di Tumbalong Park, Sydney, Australia pada 22 November lalu.

Acara budaya tahunan yang mengumpulkan rakyat Malaysia serta komuniti antarabangsa itu berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung sepanjang penganjurannya, sekali gus menjadikannya antara festival diaspora Malaysia terbesar di Sydney.

Dalam persembahan yang sarat emosi dan penuh impak, Marsha membawakan beberapa lagu hit popularnya termasuk Hening Rindu dan Cinta, yang mendapat sorakan padu daripada penonton.

Tidak hanya tampil dengan karya arus perdana, Marsha turut menyemarakkan pentas dengan identiti Borneonya melalui lagu-lagu seperti Sumandak Sabah, Pelangi Pasti dan Nalan Nalan, menjadikan segmen tersebut antara detik paling hangat disambut oleh komuniti Malaysia yang menetap di Australia.

Marsha menyifatkan peluang mewakili tanah air di Malaysia Fest tahun ini sebagai suatu penghormatan besar.

“Saya sangat bangga dipilih mewakili Malaysia di Sydney. Melalui album Misompuru serta lagu Cinta dan Hening Rindu, saya dapat mengetengahkan keindahan budaya dan muzik negara kepada khalayak antarabangsa,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan, Marsha berkata dia bersama pasukannya memastikan setiap aspek persembahan diatur rapi agar momentum pentas kekal bertenaga.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kebimbangan saya hanyalah memastikan tenaga dan dinamika persembahan kekal kuat. Kami turut dibantu penari dari Wandie Space Art Performance, dan saya sekali lagi bekerjasama dengan Saerah untuk menghasilkan gaya kontemporari-tradisional,” katanya.

Bagi CEO MFest, Syahmi Ismail, kehadiran Marsha di pentas tahun ini membawa makna lebih besar memandangkan festival tersebut turut menyokong kempen Visit Malaysia 2026.

“Artis yang dipilih mewakili Malaysia mestilah mampu menjadi ‘Suara Malaysia’ kepada dunia. Pemilihan Marsha dibuat secara teliti kerana beliau ikon seni yang mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa,” katanya.

Malaysia Fest dianggap antara platform luar negara paling signifikan dalam mempromosikan warisan budaya, seni, muzik dan identiti Malaysia kepada masyarakat global. Tahun ini, festival berkenaan tampil lebih meriah dengan penyertaan komuniti Malaysia dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Marsha menutup persembahan dengan penuh syukur apabila melihat ribuan penonton menyanyi dan menari bersama.

“Detik itu sangat istimewa. Sokongan sebegitu adalah pencapaian terbesar buat seorang penyanyi. Insya-Allah, saya berharap peluang ini menjadi batu loncatan untuk saya terus melangkah lebih jauh melalui persembahan atau karya baharu,” katanya.

Festival yang berlangsung meriah itu sekali lagi mengukuhkan kedudukan Malaysia Fest sebagai perayaan budaya terbesar yang dianjurkan oleh diaspora Malaysia di Sydney.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Mar 2022
Trending Fri, 4 Oct 2019

Taking Digital To The Next Level, Huawei Launches 13 Products With Huawei Mobile Services (HMS)

These 13 new coolest and hi tech products from Huawei will blow your mind away!

Events Thu, 7 Dec 2023

Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga keluarga adik Zayn Rayyan terus kuat

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

Dayang sihat je tau! Jangan buat spekulasi bukan-bukan

Kisah Viral Wed, 4 Jun 2025
Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Erma bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah.

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Isteri Respons Isu Remy Ishak Komen Emoji ‘Love Eyes’ Pada Gambar Pelakon Wanita Indonesia

Ezza menjelaskan komen tersebut bertujuan untuk mempromosikan filem terbaharu gandingan Remy bersama aktres Indonesia itu.

error: Content is protected !!