Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 30, 2025 @ 12:55am

“Kalau Menghentam Dapat Gembirakan Mereka, Alhamdulillah” – Video Jadi Pertikaian, Que Haidar Tak Ambil Kisah… Diserbu Peminat Gara-Gara ‘Jamilah’!

Pelakon Que Haidar memilih untuk tidak ambil pusing apabila trend Jamilah yang dilakukannya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

Que atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, menjelaskan pada usia sekarang, fokusnya hanya untuk menjalani kehidupan dengan tenteram tanpa memikirkan komen negatif sesiapa.

“Ramai sebenarnya buat perkara sama, tapi bila saya yang buat terus dianggap salah. Bukan saya nak angkat diri, cuma saya rasa tak perlu panjangkan hal itu.

“Lebih 20 tahun saya berada dalam industri… sekarang saya cuma mahu menikmati hidup,” katanya.

Tak rasa terganggu dengan kata-kata buruk

Menurut Que, dia tidak berasa terganggu jika ada yang bercakap buruk mengenai dirinya untuk meraih perhatian, kerana dirinya lebih senang meraikan rakan industri daripada membalas kritikan.

“Kalau orang mengata atau memandang rendah tindakan saya dan itu membuat mereka dapat perhatian atau rezeki, saya anggap ia sesuatu yang baik.

“Ada orang akan hentam kita supaya mereka nampak lebih hebat. Saya tak begitu… biarlah mereka nak cakap apa pun. Kalau itu buat mereka gembira, Alhamdulillah,” ujarnya.

@xtra_my Wah, handsome Abang Jamil! Makin murah rezeki Que Haidar, Kamal Adli & Elly Mazlein… Alhamdulillah. Meriahnyaa ramai peminat turun! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Que menegaskan bahawa dia seorang yang sederhana dan hanya mahu menjaga batas hidup yang membuatkannya selesa.

Tambahnya, dia sebenarnya terhibur apabila ada pihak membuat parodi tentang dirinya.

“Saya jenis yang simple. Saya nak hidup dengan tenang dan jaga diri sendiri.

“Saya rasa seronok sebab benda kecil macam itu pun saya anggap sebagai tanda sokongan daripada rakan industri.

“Itu juga bagi saya semangat untuk terus maju dalam bidang ini,” jelasnya kepada XTRA.

Que ditemui pada sesi Meet and Greet Jakel Crazy Sale Terpaling Murah bersama duta Jakel 2026 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Que diumumkan sebagai duta Jakel 2026 bersama Kamal Adli dan Elly Mazlein.

Diserbu peminat gara-gara ‘Jamilah’

Kehadiran pelakon filem Legenda Budak Setan itu pada acara terbabit mencetuskan suasana luar biasa apabila ratusan pengunjung membanjiri lokasi untuk bertemu dengannya, susulan gelombang video “Jamilah” yang kembali melonjakkan namanya sebagai antara figura paling hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Video yang awalnya hanya dibuat sebagai bahan jenaka itu berubah menjadi sensasi seluruh negara, sekali gus mendorong peminat untuk hadir dan melihat sendiri individu yang dikaitkan dengan watak ‘Jamilah’ ketika sesi meet and greet berlangsung.

Que yang menerima sambutan meriah tidak henti melayan permintaan peminat untuk bergambar serta mendapatkan tandatangan.

“Saya tak pernah terfikir klip pendek tu boleh jadi fenomena. Ia dibuat secara spontan, tapi bila ramai terhibur dan datang hari ini demi Jamilah, saya rasa sangat bersyukur. Ini tanda hubungan saya dengan peminat masih kuat,” katanya.

Que juga menyatakan penghargaan kepada pihak Jakel kerana memberi ruang untuk mendekati peminat dalam suasana yang begitu meriah.

“Saya sangat menghargai sokongan semua. Jenama ini sediakan platform untuk saya bertemu peminat dengan lebih dekat, dan hari ini memang pengalaman yang luar biasa,” tambahnya.

Selain peluang bertemu Que, Kamal dan Elly, para pengunjung turut berpeluang membawa pulang hadiah bernilai hampir RM30,000 termasuk pelbagai gajet terkini dan barangan eksklusif.

Ketua Pegawai Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel, berkata peningkatan semula populariti Que yang didorong fenomena ‘Jamilah’ memberi impak positif kepada kempen tahun ini.

“Que Haidar sangat dekat dengan masyarakat. Fenomena ‘Jamilah’ membuktikan pengaruh positif yang dimiliki. Kehadiran Que di acara ini benar-benar menaikkan lagi momentum kempen kami,” katanya.

Menurutnya lagi, Que dipilih sebagai duta kerana imej kekeluargaan serta kredibiliti yang konsisten sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

Selain tawaran diskaun besar-besaran, suasana acara turut dibanjiri pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat, menjadikan penganjuran kali ini antara yang paling meriah pernah diadakan oleh Jakel.

Jakel Crazy Sale Terpaling Murah yang berlangsung sehingga 7 Disember diadakan di cawangan terpilih sepanjang musim promosi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Feb 2026
Events Sat, 28 Sep 2024
Trending Thu, 27 May 2021
Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Hiburan Wed, 20 May 2026

Didakwa Jadi Mangsa Fitnah Hingga Rezeki & Kerja Terjejas, Trisha Ooi Mohon Doa Kuatkan Hati

Trisha meluahkan perasaan apabila perkara yang tidak benar didakwa mula memberi kesan terhadap rezeki serta kerjayanya.

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Ernie Zakri mohon maaf, akui khilaf sebagai manusia biasa

Trending Tue, 6 Mar 2018

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

error: Content is protected !!