Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 3, 2025 @ 9:28am

DJ Lin, PERISMA Pahang Sokong Inisiatif Yayasan Al Farhain Bantu Golongan B40 Buat Pembedahan Mata Secara Percuma

Di sebalik wajah ceria masyarakat, ramai sebenarnya memendam kesakitan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka. Laporan media sering menunjukkan bagaimana golongan B40, khususnya warga emas dan pesakit kronik, terus berdepan senarai menunggu hospital yang panjang sehingga menyukarkan rawatan.

Perkara ini turut menarik perhatian penyampai radio popular, DJ Lin yang mengakui amat menghormati keberanian Dr Afif Mohd Ridzwan menubuhkan Yayasan Al-Farhain sebagai usaha membuka peluang baharu kepada masyarakat yang memerlukan.

Dalam satu pertemuan dalam sebuah program, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid menyatakan sokongannya terhadap usaha murni Dr Afif yang telah lama membantu masyarakat secara kecil-kecilan.

“Pada saya, inisiatif macam ini bukan sekadar bantuan kebajikan yang biasa kita dengar. Ia sebenarnya pintu yang memberi harapan kepada ramai individu dalam kalangan B40 yang lama menanggung derita senyap-senyap kerana tak berkemampuan atau tak tahu tempat untuk dapatkan bantuan.

“Saya anggap langkah Dr Afif dan pasukannya menubuhkan yayasan sebagai cara menyumbang semula kepada masyarakat adalah satu tindakan yang benar-benar ikhlas,” katanya.

Kenyataan itu disampaikan DJ Lin selepas program Bicara Wanita: Pengorbanan dan Inspirasi anjuran Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (PERISMA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang berlangsung di Ibu Pejabat JBPM, Kuantan, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bomba Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim serta Pengerusi PERISMA, Datin Suraya Jusoh. Wakil PUSPANITA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Tenggara PGA dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga hadir sebagai tetamu.

Menurut DJ Lin, dia tersentuh apabila mendengar perancangan Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, yang mahu menyediakan pembedahan mata percuma kepada golongan tidak berkemampuan.

“Sewaktu Dr Afif cerita pada saya tentang hasrat nak taja pembedahan mata secara percuma kepada mereka yang sangat memerlukan, saya rasa itu satu amal yang luar biasa.

“Ramai sebenarnya tak berkesempatan dapat rawatan begitu. Senarai menunggu di hospital awam terlalu lama dan kos di hospital swasta pula tak semua orang mampu.

“Keadaan ini membuatkan golongan B40 terlepas peluang mendapat rawatan teknologi baharu,” katanya.

Sebagai Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin percaya usaha ini menjadi laluan penting untuk mereka yang tidak tahu di mana harus mendapatkan sokongan.

“Masih ramai yang tak tahu saluran yang betul. Bila ada yayasan macam ini, lebih banyak pintu terbuka untuk mereka yang memerlukan.

“Saya anggap idea ini sangat mulia. Saya sangat kagum dengan usaha Dr Afif dan seluruh pasukan. Harap semua pihak dapat beri sokongan. Niat yang baik pasti dipermudahkan,” katanya.

Dr Afif dalam pada itu menjelaskan, ramai dalam kalangan B40 mengalami masalah penglihatan serius yang mengganggu pekerjaan, namun tidak mendapatkan rawatan disebabkan kekangan kewangan.

“Kumpulan ini biasanya tak dapat melihat dengan jelas untuk bekerja, tak selamat memandu, ada yang terpaksa berhenti kerja sebab penglihatan semakin teruk, dan menunggu rawatan hospital yang tak pasti bila tibanya giliran.

“Insya-Allah, Yayasan Al Farhain mahu menghentikan penantian itu,” ujarnya.

Sementara itu, Datin Suraya Jusoh menyatakan pihak PERISMA menyambut baik penubuhan yayasan tersebut kerana komited terhadap program kebajikan.

“Saya lihat usaha ini sebagai peluang baharu untuk golongan B40 yang sebelum ini ada yang terlepas mendapatkan rawatan kerana tak mampu atau tak tahu cara nak cari bantuan.

“Ramai sebenarnya yang menunggu. Ada yang tak berduit, dan ada yang langsung tak tahu tempat untuk meminta pertolongan,” katanya.

Program yang dihadiri lebih 100 ahli PERISMA itu turut menampilkan sesi Bicara Wanita bersama DJ Lin, ceramah kesihatan oleh Dr Afif dan sambutan ulang tahun ke-18 Suria FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 Dec 2018
Hiburan Wed, 1 Jul 2026

“Tak Perlu Terkilan Sangat, Itu Hanya Gelaran” – Zila Bakarin Titip Nasihat Buat Uqasha Senrose Isu Dipanggil ‘Janda’

Zila menasihati Uqasha untuk tidak mengendahkan kritikan negatif netizen itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada kehidupan dan anaknya. 

Featured Sun, 24 Nov 2024

Syamel ‘Move On’ Lagu Belakang Tabir Gagal Ke AJL39 – “Merajuk Sehari Dua Tu Mungkin”

Walaupun terkilan apabila lagunya berjudul Belakang Tabir gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-39, namun penyanyi Syamel enggan terus bersedih.

Hiburan Sun, 18 Jan 2026

Jenazah Nadia Kesuma Bakal Dikebumikan Di Arab Saudi, Suami & Anak Bakal Terbang Ke Jeddah Pagi Ini

Jenazah pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi akan dikebumikan di sana.

Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Hiburan Thu, 1 May 2025

“Anak Tak Boleh Dibintikan Kalau Tak Selesai” – Bakal Timang Baby Girl, Fara Salleh Mohon Shuk Sahar Hadir ke Mahkamah Urus Pendaftaran Nikah & Lafaz Cerai

Menurut Fara, perkara tersebut sangat penting bagi memastikan anak dalam kandungannya nanti dapat didaftarkan secara sah.

#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Trending Mon, 20 Aug 2018
Featured Sun, 31 Oct 2021

“Dunia Saya Jadi Blank…” – Anak Sulung Dr Say Shazril Disahkan Autism Tahap Sederhana

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap autism tahap sederhana. Menurut satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dr. Say meluahkan perasaan setelah doktor mengesahkan anak […]

error: Content is protected !!