Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 5, 2025 @ 5:17am

Keluar Zon Selesa! Allan Andersn Tampil Dengan Single Senafas, Nyanyi Karya Ciptaan Farouk Roman

Muncul dengan buah tangan terbaharu, penyanyi Allan Andersn tampil dengan single Senafas, sebuah karya berkualiti yang bakal meruntun jiwa penggemar muzik.

Keluar daripada zon selesa yang sebelum ini sering mengalunkan naskhah ciptaan sendiri, Allan mencabar diri dan membawa penggemar muziknya meneroka rasa baharu dalam lagu ciptaan komposer tenama, Farouk Roman dan lirik hasil nukilan Senna yang menemui peminat bermula 5 Disember 2025.

Kolaborasi ini menjadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia, di mana kepakaran komposer tempatan bertemu dengan bakat vokal yang semakin dikenali di peringkat serantau.

Lagu ini bukan sahaja mencerminkan kepintaran muzikal Farouk, tetapi juga kemampuan Allan untuk menjiwai melodi yang sarat emosi dan meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar.

“Saya benar-benar teruja dapat bekerjasama dalam projek ini. Sebagai seorang singer-songwriter, ini kali pertama saya menyanyikan lagu ciptaan komposer serta penulis lirik Malaysia dan pengalaman ini sangat bermakna.

“Lebih istimewa lagi, saya diberi kepercayaan untuk membawakan karya Farouk Roman, seorang komposer yang dihormati ramai dan digelar Raja OST di Malaysia. Saya keluar daripada zon selesa dan menganggap jalinan kerjasama ini sebagai lembaran baharu dalam kamus muzik saya,” katanya.

Dalam pada itu, Allan juga teruja kerana mendapat pengalaman berharga sepanjang merakamkan karya yang diterbitkan oleh SAAS Music Entertainment ini.

“Sepanjang rakaman, saya banyak belajar tentang cara Farouk membina melodi yang bukan sahaja indah, tetapi juga hidup dalam jiwa pendengar. Saya ambil pengalaman ini sebagai satu pelajaran baharu.

“Proses ini saya anggap sebagai sesuatu yang menyeronokkan kerana sebagai seorang pencipta lagu dan penyanyi, saya boleh beradaptasi dan mempelajari banyak perkara baharu,” katanya.

Lagu Senafas menceritakan kisah cinta yang penuh liku, di mana seseorang rela menanggung duka, dihancurkan berkali-kali, namun tetap menyayangi dengan sepenuh hati.

“Bagi saya, Senafas bukan sekadar lagu, tetapi sebuah kisah yang boleh menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia menceritakan tentang cinta, pengorbanan dan ketabahan, perkara yang universal dan dekat dengan semua orang.

“Untuk naskhah ini, SAAS Music Entertainment memberi kepercayaan kepada saya untuk terlibat dalam kerja kreatif. Walaupun kali ini saya tidak terlibat dalam penciptaan lagu, saya mengarahkan muzik video Senafas yang dibintangi oleh saya sendiri bersama Rendy Wicaksana,” katanya.

Apa yang menjadikan Senafas begitu istimewa ialah ia dipilih sebagai runut bunyi rasmi (OST) untuk drama terbaru yang bakal bersiaran di Astro Prima berjudul Setiaku Berdiri.

Drama bersiri terbitan Radius One Sdn Bhd ini mendapat sentuhan Rashid Sibir di kerusi pengarah. Naskhah yang bakal menemui orang ramai ini menampilkan lakonan hebat Wanna Ali, Nazrief Nazri, Sweet Qismina, Aidit Noh dan ramai lagi.

“Saya teruja kerana peluang kerjasama ini membuka peluang untuk karya nyanyian saya ditampilkan dalam naskhah istimewa berjudul Setiaku Berdiri. Sudah pasti, saya gementar menanti reaksi peminat, tetapi saya yakin lagu ini bakal meninggalkan kesan dalam hati mereka yang mendengar,” katanya.

Lagu ini bukan sekadar pendamping visual, tetapi membawa naratif emosi drama ke tahap yang lebih mendalam.

Dengan tema cinta, pengorbanan dan ketabahan yang tersirat dalam drama, Senafas menjadi elemen muzik yang menguatkan setiap babak, menyuntik perasaan dan menambah pengalaman dramatik kepada penonton.

Senafas boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik bermula 5 Disember 2025. Muzik video Senafas juga boleh ditonton di saluran YouTube Allan Andersn.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Jan 2022

Tawaran CNY tonton CINEMA: Sewa 1 Filem Korea dan Percuma 1 Filem Cina!

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina atau Lunar New Year, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik kepada pelanggan setianya iaitu sewa satu filem Korea, percuma satu filem Cina. Untuk melayakkan pakej ini, mereka perlu melayari laman sesawang […]

Trending Fri, 18 Oct 2019

Bella Hadid wanita tercantik di dunia!

Pemilihan berdasarkan kesempurnaan wajah

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

艾维奇死因曝光「是自杀」家人悲痛

瑞典知名DJ艾维奇(Avicii)20日被发现陈尸于阿曼(Oman)首都马斯喀特,突如其来的消息震惊全球粉丝。相隔近一个礼拜后,他的家人26日发出声明,证实他是死于自杀。

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapten JT 610

Juruterbang itu juga dikatakan mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Trending Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Percaturan Bisnes Menjadi, Hotel Milik Fauzi Nawawi Terima Sambutan Luar Biasa

Mungkin dengan faktor lokasi yang strategik, maklum saja premis dekat dengan hospital, kolej serta lot komersial membuatkan ia menjadi pilihan pelanggan

Kes Mahkamah Fri, 15 Dec 2023

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.

Featured Wed, 23 Jul 2025

Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Saleha bagaimanapun sekaan memberi hint apabila mahu mengambil cuti panjang.

Trending Wed, 20 Apr 2022
error: Content is protected !!