Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 7, 2025 @ 6:56pm

Ulasan Konsert: Penuh Intim & Menghiburkan, ‘Retrospektif Showcase’ Bukti Cinta Afgan Terhadap Peminat Di Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Afgan memberikan persembahan penuh bertenaga dan memuaskan hati peminat Malaysia menerusi Afgan Retrospektif Showcase Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL, pada Jumaat lalu.

Konsert anjuran Renjana Idea ini menjadi lebih bermakna kerana Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi pertama untuk Afgan mempersembahkan semua lagu daripada album terbaharu berjudul Retrospektif.

Dalam ucapannya, Afgan mendedahkan album itu sangat dekat dengan hati dan penonton Malaysia menjadi individu pertama yang mendengar keseluruhan karya tersebut secara langsung.

“Ini album bahasa Indonesia saya selepas tujuh tahun. Saya akan menyanyikan semua lagu baru ini buat pertama kali hanya di Kuala Lumpur. Di Jakarta pun belum ada. Itu bermakna kalian sangat istimewa untuk saya,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Sepanjang hampir tiga jam, lebih 2,000 penonton disajikan lebih 20 buah lagu termasuk rangkaian hits serta karya baharu. Afgan membuka persembahan dengan Misteri Dunia sebelum menghangatkan suasana dengan Silakan, Pesan Cinta, Wajahmu Mengalihkan Duniaku dan Sebentar.

Beberapa segmen medley turut menjadi tarikan seperti The One That Got Away bersama Entah serta gabungan Tak Ada Rencana dan Kunci Hati. Peminat sama-sama menyanyi krtika Afgan mempersembahkan lagu Terima Kasih Cinta, Dia Dia Dia, Bukan Cinta Biasa, Kacamata, Masa Iya?, Jodoh Pasti Bertemu, Kumohon dan Knock Me Out.

Afgan juga mengambil peluang berkongsi tentang perjalanan peribadinya sepanjang tahun ini.

Antara perkara paling bermakna baginya ialah peluang menunaikan ibadah haji yang dianggap pengalaman paling indah dalam hidupnya.

Selain vokal yang stabil, Afgan turut mencetuskan beberapa momen spontan yang menghiburkan. Seorang peminat bertuah dipanggil naik ke pentas selepas Afgan terbaca permintaan untuk mendapatkan ucapan hari lahir.

Penonton juga bersorak setiap kali Afgan mengambil telefon peminat untuk merakam swafoto.

Persembahan diteruskan dengan lagu seperti Untukmu, Setia Menunggu, Ku Dengannya Kau Dengan Dia, Peluk dan Sampai Jumpa, sebelum malam ditutup dengan suasana meriah menerusi Lenggang Puspita dan Panah Asmara.

Secara keseluruhan, Afgan Retrospektif Showcase tampil sebagai sebuah persembahan padat dengan emosi, produksi kemas dan momen peribadi yang menguatkan lagi hubungan Afgan dengan peminat Malaysia yang sentiasa setia menyokongnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Fattah Amin dan Eric Chou Bergabung Dalam OPPO F11 Pro

Hero pujaan malaya, Fattah Amin bergandingan bersama bintang Asia terkenal iaitu  Eric Chou sebagai duta dan ikon OPPO F11 Pro pada tahun ini. Kalau korang nak tahu kenapa dua selebriti terkenal ini dilantik menjadi duta […]

Featured Tue, 30 May 2023
Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu Syamsul Yusof memberitahu keluarga Ira Kaza agak berhenti mengugut anaknya.

error: Content is protected !!