Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 7, 2025 @ 7:43pm

“Alhamdulillah, Usia 47 Tahun Baru Pertama Kali Sampai Ke Sana” – Rezeki Lepas Pulang Umrah, Datuk Red Tak Menang Tangan Layan Peminat

Usahawan sensasi Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red bersyukur dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Baru sahaja pulang ke tanah air semalam selepas mengerjakan umrah, Adnan berkongsi pengalaman manis sepanjang kunjungan pertamanya.

“Saya rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah, di usia 47 tahun baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Allah, berpeluang buat Umrah. Momen manis tersebut memberi tenaga luar biasa untuk saya.

“Saya sedar, saya ni manusia pendosa, banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Di usia sebegini, saya bersyukur Allah masih beri kesedaran dan kekuatan.

“Saya dah simpan hasrat, saya mahu berjanji pada diri, balik nanti saya akan selesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan,” ujarnya.

Tambah Adnan, tangisannya jatuh sendiri ketika berada di sana dan dia juga turut berdoa mahu segera melunaskan hutang.

“Apabila berada di sana, doa pertama saya adalah untuk selesaikan hutang. Lepas tu saya doa untuk kumpulkan semua anak di bawah satu bumbung. Insya-Allah.

“Saya rasa sangat seronok, air mata tu jatuh sendiri. Saya sendiri tidak menjangka, saya boleh jejak ke rumah Allah sebab status saya yang bankrap.

“Jika guna duit sendiri, mungkin orang yang beri hutang akan bising. Tapi Allah jemput bukan kerana saya ada duit atau tidak. Allah menjemput saya sebab kasih sayanng dari-Nya. Syukur sangat,” katanya kepada XTRA.

Adnan ditemui di majlis meet and greet bersama peminat di Jakel Shah Alam pada Sabtu.

Acara tersebut mencipta suasana luar biasa apabila pengunjung membanjiri ruang legar untuk bertemu Duta Jakel 2026 iaitu Que Haidar dan Achey.

Malah, kehadiran Adnan sebagai ‘lelaki misteri’ yang diuar-uarkan sebelumnya turut mencuri tumpuan.

Sekali gus, ia bukan sahaja menghangatkan suasana, malah Que dan Adnan menjadi topik perbualan hangat di media sosial dengan gelaran baharu yang diberikan peminat Duda Hot 2025.

“Alhamdulillah, ini rezeki yang ditawarkan Jakel kepada saya sejurus pulang Umrah. Saya sendiri belum sempat pulang ke rumah. Saya sampai di Malaysia jam 8 pagi dan terus bergegas ke Shah Alam untuk menjayakan acara ini.

“Saya sifatkan ia sebagai rezeki selepas pulang Umrah. Saya sendiri tak sangka dapat sambutan sebegini. Aura pengunjung hari ini sangat luar biasa. Saya seronok dapat beramah mesra, bergambar dan berkongsi momen positif bersama semua. Ini bukti masyarakat kita sangat supportive dan saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada acara meriah seperti ini,” ujarnya.

Pelakon tersohor, Que Haidar melahirkan rasa kagum dan terharu dengan sokongan yang diberikan masyarakat, khususnya warga Shah Alam.

“Saya benar-benar tidak sangka sambutannya semeriah ini. Terima kasih kepada semua yang hadir, bukan sahaja untuk bertemu saya, tetapi kerana terus menyokong jenama tempatan seperti Jakel.

“Kehangatan hari ini membuktikan hubungan baik antara artis, jenama dan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Melihat sambutan luar biasa itu, Ketua Pegawai Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel mengumumkan bahawa promosi jualan mega tersebut dilanjutkan sehingga 14 Disember di seluruh negara bagi memberi lebih ramai peluang menikmati harga diskaun terbesar tahun ini.

“Kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa di Shah Alam hari ini. Melihat keterujaan pelanggan, pihak kami mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Jakel Crazy Sale Terpaling Murah! sehingga 14 Disember di semua cawangan kami di seluruh negara. Ini adalah cara kami menghargai sokongan berterusan daripada pelanggan setia Jakel,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

MK K-Clique Cabar Penyamar

Bila dah popular, ada je yang iri hati!

Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Mon, 7 May 2018

Helikopter Bawa Pengantin Terhempas, Majlis Tetap Diteruskan…

Tiga penumpang lain termasuk juruterbang, jurugambar dan seorang kanak-kanak dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan. Phew…Nasib baik!

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Yakin Bantuan Altimet, ArYanti Harap Tuah ‘Nak Apa Lagi’ Menjadi!

Wanita berusia 36 tahun ini berharap percubaan kali keduanya ini bakal membuahkan hasil, good luck ArYanti!

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Selebriti Fri, 20 Oct 2023
Trending Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!