Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi December 8, 2025 @ 2:02pm

Karl Shafek Terharu Dapat ‘Jumpa Semula’ Alpha Selepas 10 Tahun, Kali Ini Dalam Bentuk Kumpulan Muzik!

Pelakon dan pengacara, Karl Shafek mengakui kerjasamanya bersama kumpulan sensasi baharu, Alpha, ibarat satu kebetulan yang begitu bermakna dalam perjalanan karier dan jenama fesyennya, Neonate.

Menurut Karl, perkara itu mengingatkan semula detik 10 tahun lalu ketika Neonate pernah mengeluarkan satu koleksi khas yang dinamakan Alpha pada 2015.

“Bayangkan… 10 tahun dulu saya keluarkan koleksi Alpha. Tiba-tiba, pada 2025, muncul pula Alpha dalam bentuk sebenar sebuah kumpulan muzik dan mereka nak pakai jenama saya.

“Benda ni sangat mengharukan. Saya anggap ia permulaan baharu untuk perkembangan Neonate,” katanya kepada XTRA pada Pelancaran Koleksi Love Story Neonate di Kuala Lumpur.

Sebelum Alpha popular lagi, Neonate dah mula kerja dengan mereka

Kata Karl, hubungan kerja bersama Alpha sebenarnya bermula sejak hari pertama mereka muncul di pentas Big Stage.

“Identiti mereka sangat kena dengan DNA Neonate. Peminat pun setuju bila tengok Alpha pakai rekaan kami nampak lebih matang, bergaya dan menonjol,” katanya.

Tambahnya, setiap ahli Alpha mempunyai karakter unik dan itu menjadi kelebihan utama Neonate untuk menonjolkan gaya masing-masing.

Karl turut berkongsi rasa bangga apabila penata gaya di Korea memuji rekaan Neonate ketika Alpha membuat persembahan di sana.

“Mereka kata tak sangka Malaysia ada jenama yang boleh hasilkan rekaan macam tu. Itu satu penghormatan besar buat kami,” ujarnya.

Walaupun serasi, Karl mengakui cabaran paling besar adalah memahami personaliti ketujuh-tujuh ahli Alpha bagi memastikan setiap rekaan sesuai dengan karakter masing-masing.

“Neonate memang suka bekerja ikut tema. Jadi bila Alpha ada tujuh karakter berbeza, kami anggap kumpulan tu sendiri sebagai satu tema besar. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu. Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka. Penahanan […]

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

四叶草朱主爱拍广告!豪华移动化妆车全程侍候

「四叶草」朱主爱自去台湾发展后极少在东南亚曝光,日前特返马拍广告且获得厂商以巨星待遇接待。

Events Mon, 29 Jul 2024

Mahu Anak Membesar Depan Mata, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selesa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama – “Itu Saja Momen Yang Akan Saya Ada Dengan Mereka”

Betul ada mak bapa yang lebih selesa anak mereka dihantar ke sekolah harian sebab takut dengan isu buli ni😎✌️

error: Content is protected !!