Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 9, 2025 @ 10:33am

Nora Danish, Fattah Amin, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Turun Gelanggang! Selebriti, Pengurus & Media Rebut Hadiah RM10,000 Dalam Amber Allstar Picklebash

Bayangkan barisan nama besar seperti Nora Danish, Fattah Amin, Amira Othman, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah berkumpul di satu gelanggang yang sama, beraksi dalam sukan pickleball. Itulah antara detik paling mencuri perhatian pada acara Amber Allstar Picklebash yang berlangsung pada 4 Disember lalu, apabila ramai artis terkenal turun padang untuk bersaing secara santai namun penuh energi.

Jenama gaya hidup dan kecantikan Amber sekali lagi mengukuhkan hubungan erat dengan rakan media serta duta selebritinya melalui acara yang menggabungkan elemen sukan, hiburan dan penghargaan dalam satu malam penuh warna. Pickleball yang semakin mendapat tempat di Malaysia dijadikan asas untuk merapatkan komuniti industri dalam suasana yang lebih santai, sporty dan penuh gelak tawa.

Selain barisan duta utama, selebriti lain seperti Zoey Rahman, Tam Suhaimi, Lah Ahmad, Ajai, Izuan Mokhtar, Fizi Ali, Aisha Mazlin dan ramai lagi turut menyertai perlawanan serta memberikan sokongan. Gabungan artis, pengurus artis dan wakil media menjadikan Picklebash seperti perjumpaan mega bintang, lengkap dengan sorakan dan momen spontan yang menghiburkan.

Walaupun bersifat kasual, perlawanan yang berlangsung tetap sarat dengan semangat kesukanan. Keakraban dan kerjasama yang terjalin sepanjang acara jelas menunjukkan mengapa Picklebash menjadi antara aktiviti paling dinantikan sejak penganjurannya diumumkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, menyifatkan acara ini sebagai simbol penghargaan Amber terhadap semua yang menyokong perjalanan jenama tersebut.

“Kami anggap Amber sebagai satu komuniti. Kejayaan yang dikecapi hadir daripada sokongan rakan media, pengurus artis dan selebriti hebat yang menjadi wajah Amber. Picklebash diadakan khusus untuk meraikan mereka dalam suasana yang santai dan menyeronokkan,” katanya.

@xtra_my Wow! Power juga bila Nora Danish & teman rapatnya, Mickey Ayo bergabung sebagai beregu dalam perlawanan pickleball Amber Allstar Picklebash, menang tempat ketiga dari 16 pasukan.. Memang meriah! 🏓 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Datuk Adzliana turut menambah bahawa aktiviti sukan memberi peluang kepada semua untuk berinteraksi dengan cara yang lebih spontan.
“Kami mahu mencipta ruang yang bebas protokol. Semua yang terlibat dengan Amber boleh berkumpul, berhubung dan menikmati masa bersama. Semangat kesukanan ini selari dengan nilai Amber yang menekankan kecergasan, keyakinan dan komuniti positif,” katanya.

Melalui Picklebash, ramai dapat melihat sisi berbeza para selebriti dan rakan media – daripada dunia glamor ke arena sukan yang lebih sederhana namun penuh makna. Amber juga optimis untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti komuniti pada masa depan sebagai usaha memperkukuh jaringan industri yang inklusif dan progresif.

@xtra_my Ehem, manis sungguh Fattah Amin & Amira Othman yang hadir di acara perlawanan pickleball Amber Allstar Picklebash 😍🏓 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Dari segi keputusan perlawanan, pasukan yang diterajui penyanyi baharu Anwar Amzah bersama rakannya, Iman, muncul juara dan membawa pulang RM10,000 berserta medal dan kit pickleball Amber. Tempat kedua menjadi milik pasukan media diwakili Nazrin (mStar) dan Shahrin (OhBulan), meraih hadiah RM5,000 serta medal dan kit pickleball Amber.

Sementara itu, pasangan ketiga terbaik adalah Nora Danish dan Mickey Ayo yang memenangi RM3,000 beserta medal dan kit pickleball Amber. Pasukan lain yang tidak berjaya tetap membawa pulang medal serta set kelengkapan pickleball Amber sebagai penghargaan penyertaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 May 2019

Mira Filzah Pasang Niat Khatam Al-Quran Ramadan Ini

Alhamdulillah. Semoga urusan Mira untuk khatam bakal dipermudahkan…

Trending Sat, 18 May 2024
Featured Thu, 25 Nov 2021

Waspada Dalam Mengikuti ‘Add Yours’ Challenge Di Instagram

Pada awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka. […]

Hiburan Thu, 20 Oct 2022

“Shuk Ke Tu?” Netizen Terhibur Dengan Penampilan Shuk Sahar Dalam Live

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar kini mula aktif dilaman sosial miliknya. Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dalam siaran langsung di TikTok […]

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Comel! Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Norman-Memey

Assalammulaikum… Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘ Bella…Saya Minta Maaf’- Aliff Aziz Sedia Terima Kecaman Warganet

Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya…

error: Content is protected !!