Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 11, 2025 @ 11:30am

Luar Biasa! Jessc Dipilih Sebagai New Artists To Watch Oleh Rolling Stone

Penyanyi yang membawa aliran muzik penyembuhan, JessC terus mencuri perhatian dunia.

Menjelang kemunculan semula di Malaysia pada 20 Disember untuk konsert ulangannya, artis versatil ini aktif mempromosikan tiga albumnya dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris.

Selepas meraih kemenangan dalam kategori “Best Asian Pop” di InterContinental Music Awards (ICMA) pada September lalu, JessC sekali lagi mencatat sejarah apabila namanya disenarai dalam kumpulan “New Artists to Watch” oleh majalah muzik global berpengaruh, Rolling Stone.

Rolling Stone, yang ditubuhkan pada 1967, kekal sebagai salah satu penerbitan budaya dan muzik paling berpengaruh dunia. Dalam keluaran terbaharu edisi UK, ruangan “New Artists to Watch” menggambarkan JessC sebagai pemilik vokal “lembut tetapi tegas, dengan kehangatan yang menyentuh serta kekuatan yang meresap ke jiwa”.

Muziknya yang dikenali sebagai tenang, empati dan bersifat penyembuhan turut dipuji. Senarai tahun ini menampilkan bakat dari pelbagai negara termasuk Rusia, Belgium, Amerika Syarikat, Portugal dan United Kingdom.

Kehadiran JessC sebagai wakil Asia buat pertama kali dalam ruangan tersebut menandakan betapa muzik rentas budaya semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Selain pengiktirafan itu, Rolling Stone edisi Australia juga pernah menerbitkan artikel khas mengenai perjalanan kreatif JessC. Liputan tersebut menjadi antara peristiwa penting dalam perkembangan kerjaya muziknya, sekali gus memperlihatkan bagaimana muzik Asia mampu menjadi penghubung antara Timur dan Barat.

Mengulas pengiktirafan daripada Rolling Stone UK, JessC menzahirkan rasa syukur.

“Saya tidak berniat mengejar apa-apa gelaran. Harapan saya hanya satu, mereka yang membawa beban dalam diam dapat merasai kehadiran teman melalui lagu saya. Jika karya saya mampu menemani walaupun seorang di mana sahaja di dunia ini, itu sudah cukup bermakna.” JessC.

Penyanyi itu turut menegaskan komitmennya untuk terus menghasilkan karya dalam pelbagai bahasa supaya muzik dapat menjadi ruang luahan emosi dan proses penyembuhan.

Sejak memulakan kempen promosi secara global, JessC mencatat pelbagai pencapaian besar dalam masa enam bulan. Lebih 500 media antarabangsa termasuk IHEART Radio, MSN serta rangkaian TV utama Amerika Utara seperti FOX, CBS, NBC dan ABC telah menampilkan kisah serta muzik penyembuhan dari Asia ini.

Liputan daripada media tempatan, korporat, kewangan dan arus perdana juga sangat memberangsangkan.

“Matlamat saya bukan sekadar angka, tetapi bagaimana muzik dari Malaysia boleh bergema lebih jauh di seluruh dunia,” kata JessC.

Dalam kesibukan persiapan konsert, JessC turut menyasarkan satu lagi kejayaan penting menjelang hujung tahun iaitu melepasi 1,000 liputan media global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Featured Thu, 7 Aug 2025

“I Am Jobless! Aku Perlukan Filem Yang Best”- Sharnaaz Ahmad

Mamu mencari naskhah yang baik untuk lakonannya.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Terpengaruh Drama Korea, Achey Belikan Isteri Telefon ‘Flip’ Skrin

Gara-gara terpengaruh dengan drama Korea Selatan, pelawak terkenal, Achey menghadiahkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne sebuah telefon baharu jenis ‘flip’ skrin. @anne_achey21 Pengaruh cerita korea kuat sangat 😅 #samsungzflip4 ♬ bunyi asal – Anne_achey21✅ […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Tue, 31 Dec 2024

“Aku Bukan Penyondol Biasa-Biasa”- Compare Diri Dengan Sophia Albarakbah, Sharifah Sakinah Geram Dikutuk Nampak Tua

Sebagai pelakon Sakinah tidak keberatan ubah penampilan sesuai kaakter yang diberikan.

error: Content is protected !!