Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 12, 2025 @ 11:38pm

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Penyanyi, Ernie Zakri mengejutkan ramai apabila berjaya merangkul pulang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-37 sekali gus menerima wang tunai RM30,000.

Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, meluahkan rasa syukur sekali gus tidak menyangka dirinya dinobatkan sebagai pemenang anugerah keseluruhan.

“Masya-Allah, jauh sungguh fikiran saya untuk dapat anugerah ini. Saya hargai sangat semua sokongan peminat. Doakan saya semoga dapat buat yang lebih baik,” katanya gagal menahan sebak sebaik namanya diumumkan.

Pelantun lagu popular Masing-Masing ini turut turut membolot anugerah Penyanyi Wanita Popular ABPBH37.

Diacarakan oleh Raja Azura dan Shiha Zikir, ABPBH37 juga dimeriahkan dengan persembahan artis popular Amira Othman, Aisha Retno,  Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, dan ramai lagi.

Jom semak senarai penuh pemenang ABPBH35:

  1. ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR – Jazmy Juma
  2. ARTIS BAHARU WANITA POPULAR – Umai Umairah
  3. PENYANYI LELAKI POPULAR – Hael Husaini
  4. PENYANYI WANITA POPULAR – Ernie Zakri
  5. AKTOR FILEM POPULAR – Fattah Amin
  6. AKTRES FILEM POPULAR – Sweet Qismina
  7. AKTOR PEMBANTU FILEM POPULAR – Adam Lee
  8. AKTRES PEMBANTU FILEM POPULAR – Heliza Helmi
  9. AKTOR TV POPULAR – Zahiril Adzim
  10. AKTRES TV POPULAR – Emma Maembong
  11. AKTOR PEMBANTU TV POPULAR – Nazim Othman
  12. AKTRES PEMBANTU TV POPULAR – Raja Azura
  13. PENYAMPAI RADIO POPULAR – Haiza
  14. PENGACARA TV POPULAR – Fiza Sabjahan
  15. ARTIS KOMEDI POPULAR – Joey Daud
  16. ARTIS KOLABORASI / DUO/ BERKUMPULAN – KRU

Kategori Ekstra:

  1. GANDINGAN SERASI DRAMA POPULAR  – Syukri Yahya & Anna Jobling
  2. GANDINGAN SERASI FILEM POPULAR – Emma Maembong & Iedil Putra
  3. ARTIS KONTROVERSI POPULAR – Fattah Amin
  4. LAGU PALING BOOM POPULAR – Amir Masdi (Nur Cinta)
  5. SELLER TERPALING POPULAR – Datuk Aliff Syukri & Ammar Ahyan

ABPBH 37 diharumkan oleh Daia, jenama penjagaan cucian terkenal manakala kafe gaya Eropah, DOME Cafe sebagai Rakan Bersama ABPBH 37.

Malam kemuncak ABPBH 37 disiarkan secara langsung TV3 dari Hotel Premiera Kuala Lumpur, di sini. ABPBH 37 bertemakan SATU Keunggulan juga boleh distrim melalui Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Trending Fri, 22 Jun 2018

Pelik! Lelaki Nekad Pecah Rumah Hanya Berseluar Dalam

Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan terus ditahan sebelum kumpulan lelaki berkenaan lalu memaklumkan kejadian kepada mangsa.

Featured Mon, 13 Mar 2023
Trending Mon, 21 May 2018

‘Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka’

Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Trending Thu, 29 Nov 2018

Boy Genius Says Malaysian Education System is Too Restrictive

He’s a renowned teacher and lecturer but he doesn’t even have an SPM certificate or equivalent.

error: Content is protected !!