Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 15, 2025 @ 3:00pm

Aprena Manrose Akui Pernah Cuba ‘Selamatkan’ Rumah Tangga Ketika Masih Dalam Idah – “Saya Reda, Dekatkan Diri Kepada Allah…”

Pelakon jelita, Aprena Manrose mengakui dia dan bekas suami, Mohd Afiq Hazman, pernah cuba untuk berbaik semula ketika masih dalam fasa idah, namun rumah tangga mereka tetap terlerai.

Pemilik nama penuh, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila proses perceraiannya bersama bekas suami dipermudah, selain hatinya turut diberi ketenangan melalui ujian sukar itu.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Proses perceraian berjalan lancar dan tempoh idah juga berlalu dengan baik. Sudah tentu perasaan sedih itu ada, namun ia adalah sebahagian daripada proses.

“Dalam tempoh idah, ada juga usaha untuk berbaik semula. Namun, apabila ketentuan sudah ditetapkan, kita perlu reda. Saya banyak mendekatkan diri kepada Allah.

“Saya berkesempatan menunaikan umrah dan istiqamah melakukan solat tahajjud selama lebih empat bulan. Mungkin daripada situ saya memperoleh kekuatan,” katanya.

Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis ilmu Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya yang berlangsung di MATRADE, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aprena turut berkongsi kehadirannya ke majlis ilmu menjadi antara cara untuk menenangkan perasaan serta menguatkan pegangan iman selepas melalui fasa sukar dalam kehidupannya.

“Majlis ilmu membantu saya untuk menenangkan diri dan menguatkan iman. Sebagai seorang wanita, jika kita tidak mengisi masa dengan perkara bermanfaat seperti pengisian agama, kita mudah dibuai perasaan.

“Sebab itu, setiap kali berdepan tekanan atau rasa sedih, saya akan cuba mengisi masa dengan menghadiri majlis ilmu,” ujarnya.

Sekadar info, Aprena dan bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman sah bercerai pada Jun lalu selepas sembilan tahun berkahwin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2024

Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”

Aniq Durar tidak menganggap teguran yang diberikan pelakon senior di set penggambaran sebagai tindakan buli.

Hiburan Sun, 20 May 2018

Masih Menerima Tawaran, Indah Ruhaila Tidak Mahu Gelojoh!

amun, Indah masih mengakui masih memenuhi undangan nyanyian dan dalam masa yang sama beliau perlu fokus dalam perniagaan dan juga keluarga

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Fri, 21 Jan 2022
Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

error: Content is protected !!