Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi December 16, 2025 @ 5:37pm

Dari Jatuh Bangun Ke Berdamai Dengan Takdir, Dazrin Kamarudin Bangkit Tanpa Dendam

Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui pernah melalui fasa kehidupan yang sukar sehingga wang simpanannya habis, namun pengalaman tersebut menjadikannya lebih matang dan reda menerima ketentuan hidup.

Menurut Dazrin, 37, dunia seni mengajarnya tentang realiti sebenar ketika berada di puncak, ramai yang mendekat dan mengaku saudara, namun apabila diuji kejatuhan, dia terpaksa berdepan semuanya sendirian.

“Itu lumrah kehidupan. Ketika saya aktif berlakon dahulu, semua orang mahu rapat. Tapi bila jatuh, saya keseorangan di rumah hampir hilang kewarasan. Janji tawaran berlakon daripada produser pun sekadar kata-kata,” katanya.

Bagaimanapun, Dazrin menegaskan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa, sebaliknya memilih untuk berdamai dengan takdir yang telah ditentukan.

“Apabila saya bangkit semula, ada yang datang kembali. Saya tidak berdendam, tidak juga berniat membalas dengan perkara buruk. Saya sudah berdamai dengan nasib,” ujarnya.

Dazrin ditemui pada majlis pelancaran gedung karpet Al Aqsa miliknya di Shah Alam, Ahad lalu, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.

Berkongsi pengalaman pahit, Dazrin tidak menafikan pernah berada dalam keadaan kewangan yang amat terdesak.

“Saya pernah sampai tahap tiada duit simpanan dalam bank. Ketika berlakon, duit memang banyak masuk, tapi Allah boleh menarik semuanya dalam sekelip mata,” katanya.

Penglibatannya dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun lalu membuka mata Dazrin untuk lebih prihatin terhadap kesusahan orang lain, terutama golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebab itu sekarang saya cuba sedaya upaya untuk membantu orang. Saya tahu bagaimana rasanya hidup susah,” jelasnya.

Dalam menjalankan perniagaan, Dazrin turut menekankan prinsip memberi nilai terbaik kepada pelanggan. Walaupun kebanyakan produk yang ditawarkan di gedungnya diimport dan berkualiti tinggi, dia memilih untuk mengekalkan harga jualan yang mampu milik.

“Saya mahu semua golongan dapat merasai keselesaan dan gaya hidup mewah tanpa perlu membayar harga yang terlalu mahal,” katanya.

Bagi Dazrin, perjalanan hidup yang penuh ujian itu bukan sekadar pengalaman, tetapi pengajaran berharga yang membentuk dirinya hari ini lebih kuat, lebih bersyukur dan lebih memahami erti kehidupan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Events Thu, 20 Sep 2018

#ABPBH31 : Ayuh Meriahkan #FANtastik ABPBH 22 September Ini!

Pada hari itu nanti, setiap FC menyusun program di booth mengikut kreativiti masing-masing. Antara acara menanti pengunjung adalah sesi ramah mesra bersama artis, pameran trofi ABPBH, pameran ‘throwback’ busana yang digayakan selebriti di karpet merah ABPBH dan jualan produk serta lelongan barangan ‘preloved’ artis.

Featured Sat, 15 Apr 2023
Hiburan Wed, 31 Jul 2024

Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Segala spekulasi telah terjawab. Semoga tak ada gosip yang bukan bukan lagi ek

Featured Wed, 11 Jan 2023

Solekan Natural Ratu Farah Buat Ramai Terpegun – “Wow! Seriuslah Boleh Berubah Lawa Macam Ni!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh usahawan, Anas Zahrin di platform TikTok yang memaparkan pempengaruh, Ratu Farah Diva dijemput untuk menghadiri sesi penggambaran promosi produk. Menerusi hantaran tersebut, Ratu kelihatan cantik serta […]

Featured Fri, 8 Oct 2021

“Bantu Kesihatan Mental”- Dilantik Utusan Khas Presiden Di PBB, BTS Sumbang Lebih RM15 Juta Menerusi Kempen Love Myself

Kumpulan K-Pop terkenal BTS yang dilantik sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru baru ini berjaya mengumpul dana sebanyak USD 3.6 juta (lebih RM15 […]

error: Content is protected !!