Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 19, 2025 @ 8:06pm

Penampilan S*ksi & ‘Bertatu’ Dalam Foto Cover Single ‘Pernah Mati-Matian’, Syafeek Ikhwan Undang Kontroversi

Visual promosi lagu terbaharu penyanyi Syafeek Ikhwan yang memaparkan dirinya tanpa berbaju, bertatu dan berada dalam tab mandi mencetuskan tanda tanya ramai, malah ada yang menuduh dia sengaja berpenampilan seksi.

Tidak kurang yang menganggap ia sekadar gimik, namun Syafeek menegaskan konsep tersebut mempunyai makna tersendiri dan bukan dilakukan sembarangan.

Menurut Syafeek, visual itu mewakili fasa paling rapuh dalam hidupnya, ketika dirinya berada dalam keadaan mental dan emosi yang paling gelap.

“Apabila seseorang berada pada saat paling sukar, tiada apa lagi yang mampu disembunyikan. Visual itu adalah metafora kepada keadaan saya ketika itu. Ia memang perlu kelihatan raw dan jujur supaya orang betul-betul merasai maksud ‘Pernah Mati-Matian’,” jelasnya.

Syafeek menambah tatu yang kelihatan hanyalah elemen seni semata-mata dan bukannya tatu sebenar.

Katanya, pemilihan tab mandi juga mempunyai simbolik tersendiri kerana menggambarkan rasa tenggelam, hanyut dan hampir hilang identiti.

Malah, melodi lagu ini juga tercipta ketika dia mengasingkan diri dalam bilik air selama lebih tiga jam, menjadikan ruang itu sangat signifikan dengan karya tersebut.

Lagu Pernah Mati-Matian yang dilancarkan pada penghujung November lalu merupakan ciptaan penuh Syafeek sendiri. Ia lahir daripada kisah peribadi ketika dia cuba membantu seseorang yang sedang berdepan gangguan emosi.

Walaupun sudah berusaha sebaik mungkin menjadi sistem sokongan, akhirnya kehadirannya terpinggir apabila individu itu kembali pulih dan memilih haluan lain. Kisah itu diterjemahkan menjadi lagu yang bukan sahaja menyimpan luka, tetapi juga bertindak sebagai terapi.

Mengulas mengenai kecaman netizen, Syafeek kini lebih tenang dan matang berdepan pandangan orang ramai. Gambar promosi lagu tersebut kini meraih lebih 100,000 engagement di platform X, sesuatu yang dianggap petanda positif.

“Orang berhak memberi pandangan. Fokus saya hanyalah memastikan lagu ini sampai kepada pendengar. Dengan sokongan keluarga dan GengSyafeek, saya rasa lebih kuat hari ini,” katanya.

Buat masa ini, Syafeek memberi tumpuan kepada promosi audio sebelum visualiser penuh dilancarkan tidak lama lagi.

Walaupun terbuka untuk mengenali insan baharu, Syafeek mengakui kini lebih berhati-hati soal hubungan peribadi. Dia berharap Pernah Mati-Matian terus diberi peluang oleh pendengar kerana yakin genre galau masih mempunyai tempat yang kuat dalam industri muzik tempatan.

“Saya harap ramai yang dapat dengar walaupun sekali. Insya-Allah selepas itu ia akan jadi antara lagu kegemaran mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Mar 2025
Hiburan Mon, 29 Aug 2022

Pablo Amirul Pernah Tak Puas Hati Dengan Pihak TUDM Gara-Gara….

Haa tak puas hati sebab apa tu? Biasalah kan terasa hati tu lagipun untuk kebaikan..

Featured Fri, 14 Jun 2019

Pernah miliki pengikut Instagram teramai, Selena Gomez kini kurangkan penggunaan media sosial

Bukankah semua artis perlukan platform ini? Kenapa kurangkan pula?

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Ella, Kapten Azhar Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Terbang Ke Lubnan 26-30 April Ini

Layari laman web rasmi KKB iaitu www.kkb4u.org atau hubungi KKB di talian 03- 2181 7552 atau pengarah projek (Puan Hafiza 017-5759 783). Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh salurkan sumbangan ke akaun seperti dinyatakan di dalam artikel. Jom sumbang sedikit untuk saudara kita di sana!

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Trending Sat, 17 Oct 2020
Featured Mon, 1 Dec 2025

Anak Alahan Teruk, Zahirah Macwilson Serahkan Kucing Kepada Ameera Khan

Menurut Zahirah, Isaac sangat menyayangi kucing berkenaan namun, alahan yang dialaminya menjadi semakin sukar untuk dikawal.

Featured Thu, 4 Mar 2021
error: Content is protected !!