Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops June 14, 2019 @ 9:00am

Pernah miliki pengikut Instagram teramai, Selena Gomez kini kurangkan penggunaan media sosial

Pada suatu ketika dulu, Selena Gomez pernah menduduki takhta selebriti dengan pengikut Instagram paling tinggi.

Walaupun penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat ini tidak lagi memegang gelaran berkenaan, jumlah pengikutnya masih mengagumkan, iaitu 152 juta.

Bagi seorang artis, platform digital amat penting untuk berkomunikasi dengan peminat. Sebelum ini, Selena akui yang beliau memang rajin memuat naik gambar dan berinteraksi dengan pengikutnya.

Tetapi yang peliknya, baru-baru ini, beliau membuat keputusan untuk mengurangkan penggunaan media sosialnya. Eh, kenapa pula?

“Saya rasa menghabiskan masa dengan memikirkan mengenai komen-komen orang lain dan menghadamnya sudah menjadi sesuatu yang tidak sihat bagi anak-anak muda seperti saya.

“Ia memberi kesan kepada saya, ia membuat saya murung. Komen negatif itu juga membuatkan saya rasa tidak bagus terhadap diri sendiri.

“Saya akan mempunyai pandangan lain terhadap badan saya, dan banyak lagi,” kata Selena ketika ditemu bual yang disiarkan menerusi portal E!.

Ketika ini, Selena masih lagi memiliki akaun media sosial tetapi telefon pintarnya tidak lagi menyimpan sebarang aplikasi mudah alih berkenaan.

“Akaun berkenaan ada di dalam telefon orang lain. Apabila saya rasa ingin berkongsi sesuatu dengan peminat atau sahaja main-main, saya akan pinjam telefon berkenaan dan menggunakannya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hi Cannes…you’re very pretty

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Tidak selamat

Ini bukanlah pertama kali Selena berkongsi pendapatnya mengenai media sosial. Pada sidang media bagi Festival Filem Cannes 2019 baru-baru ini, beliau berkata platform ini tidak lagi boleh dianggap selamat.

“Saya memang berterima kasih yang platform ini wujud untuk saya. Setiap kali saya memuat naik gambar, saya ada niat yang baik.

“Tetapi kadangkala ia menakutkan saya. Saya sering berjumpa dengan gadis-gadis yang murung kerana dibuli menerusi platform ini.

“Ternyata media sosial amat berguna dalam hidup kita, tetapi saya mencadangkan supaya berhati-hati dan tetapkan had dari segi berapa banyak masa anda patut meluangkan masa untuk menggunakannya,” katanya.

Selena sendiri telah mula menjauhkan diri daripada platform ini pada penghujung tahun lalu. Ketika ini, beliau mendaftarkan diri ke sebuah pusat rawatan bagi mengubati kemurungan yang dirasai.

Kini ada banyak lagi perkara yang Selena boleh fokuskan, seperti filem terbaharunya The Dead Don’t Die dan album muziknya yang akan datang.

Adakah anda setuju dengan hujah-hujah yang Selena bentangkan? Apa pendapat anda mengenai laman media sosial?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Sat, 10 May 2025

Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Menurut segelintir netizen, tayangan pada tarikh yang sama adalah tidak logik.

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Mon, 23 Jul 2018

Bahaya Terjatuh Dari Kereta Antara Sebab Pak Nil Tak Setuju Dengan Keke Challenge

Pak Nil menyifatkan tarian itu tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Intan Najuwa Sanggup Jual Perkakas Dapur Mewah Jika Tersenarai Dalam Produk Boikot

Pelakon, Intan Najuwa mencuri perhatian netizen apabila sanggup menjual semula barangan perkakas dapur mewah yang baru dibelinya sekiranya jenama itu tersenarai sebagai penyokong rejim Isr**l Menerusi satu video di akaun TikTok miliknya, Intan atau nama […]

error: Content is protected !!