Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 19, 2025 @ 8:12pm

Teruja Bawa Watak Rashid Sidek, Kim Azzim Anggap Filem ‘Sentuhan Wira’ Sebagai Pencapaian Besar Dalam Karier

Bakal memegang watak legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, pelakon baharu Kim Azzim melahirkan rasa syukur dan teruja apabila diberi kepercayaan menjayakan filem terbaharu bertajuk Sentuhan Wira.

Kim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Azzimuddin Sulusna, 24, menyifatkan peluang itu sebagai satu detik pencapaian besar dalam hidupnya, lebih-lebih lagi kerana watak tersebut sangat dekat dengan sejarah kegemilangan sukan tanah air.

Menurut Kim, naskhah tersebut bukan sekadar sebuah filem, sebaliknya karya yang mengembalikan memori kebanggaan negara ketika skuad badminton Malaysia mencipta sejarah menjuarai Piala Thomas 1992.\

“Ini satu pencapaian peribadi buat saya dan dalam masa sama memori penting buat negara. Saya berpeluang menyelami perjalanan hidup Datuk Rashid Sidek serta menghidupkan kembali detik bersejarah kemenangan Piala Thomas 1992 untuk Malaysia.

“Dalam setiap babak, saya akan berikan sepenuh jiwa bagi menghormati kisah ini, para wira negara serta rasa bangga terhadap tanah air,” katanya.

Menariknya, Kim mendedahkan pada awalnya dia disasarkan untuk watak lain sebelum dimaklumkan bahawa tanggungjawab besar sebagai Rashid Sidek diserahkan kepadanya.

“Saya anggap ini rezeki dan satu penghormatan besar. Sudah tentu rasa gembira bercampur gementar kerana ini cabaran yang sangat bermakna.

“Walaupun pernah aktif bermain badminton, saya tetap perlu melakukan latihan lebih intensif sebelum penggambaran yang dijangka bermula awal tahun depan,” ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman uji bakat, Kim berkata dia sama sekali tidak menyangka Rashid sendiri berada di kerusi juri.

“Bayangkan idola berada di depan mata. Dapat jumpa, bersalaman, memang menggigil sebab terlalu teruja.

“Sejak sekolah hingga kolej saya aktif bermain badminton dan pernah mewakili institusi ke peringkat negeri. Kini bukan sahaja dapat bertemu wira negara, malah diberi kepercayaan membawa wataknya. Ini ibarat impian menjadi nyata,” katanya.

Filem terbitan Victory Pictures itu menyorot detik gemilang Malaysia merangkul Piala Thomas, selain mengetengahkan kisah dua legenda badminton negara, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 12 Nov 2022

“Kami Tak Mahu Menghebahkan” – Rupanya Najwa Latif & Suami Sudah Bertunang Jun Lalu

Pasti ramai yang masih terkejut akan berita penyanyi Najwa Latif yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Akwa Ariffin, semalam. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube, Aidil Dbahri atau aidilsk8, Najwa […]

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Pekerja Aliff Syukri Sebak Terima Tawaran Tunai Umrah, Luah Rasa Syukur Bekerja Dalam Persekitaran Syarikat Positif

ashirah turut menegaskan suasana kerja yang baik menjadi faktor utama seseorang pekerja kekal lama dalam sesebuah syarikat.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Featured Fri, 19 Dec 2025

“Sakit Tau Simpan Cerita Sebenar Seorang Diri, Kadang Geram Nak Spill Semua Tapi…” – Raf Yaakob 

Luahan ringkas namun penuh makna daripada bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu, Raf Yaakob, baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Featured Thu, 13 Mar 2025

Nafi ‘Downgrade’ Diri, Ifa Raziah Tak Kisah Dihentam… Mahu Bersaing Secara Sihat Dengan Orang Lain

Kata Ifa, tiada istilah ‘downgrade’ kerana penganjuran kali ini sedikit berbeza.

error: Content is protected !!