Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 20, 2025 @ 1:30pm

“Kami Dalam Proses Kenali Hati Budi” – Nadia Brian Akui Baru Sebulan ‘Berkawan’ Dengan Nedim Nazri

Susulan foto tular yang dikongsikan bekas suami kepada pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri pada Jumaat, pelakon jelita Nadia Brian akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.

Memetik laporan Harian Metro, Nadia atau nama lengkapnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata, dia berasa terharu dengan hantaran yang dibuat Nedim.

Sekali gus, meminta izin untuk ‘repost’ kembali hantaran berkenaan.

“Saya berasa terharu dengan kapsyen yang ditulisnya itu kerana dia memang betul-betul nak berkawan dengan saya.

“Jadi, saya juga minta izin untuk ‘repost’ kembali hantaran itu di Instagram.

“Saya terima dia seadanya dan dia juga begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Nadia mengakui, mereka kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing memandangkan usia perkenalan mereka baru sebulan.

Mengulas lanjut, Nadia menjelaskan, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned memenuhi kriteria lelaki yang  yang disukainya selain menyifatkan bapa anak dua itu seorang yang penyayang.

“Kali pertama kami bertemu di restoran bersama rakannya. Nedim ajak saya berjumpa untuk keluar makan ketika itu.

“Saya tak pernah tengok lelaki yang menyayangi anak-anaknya macam yang dilakukan Nedim. Dia bapa yang penyayang.

“Dan, bila saya berjumpa dengannya, saya selesa,” jelasnya.

Ketika disoal mengenai jodoh pula, Nadia menjelaskan, dia mneyerahkan segalanya pada ketentuan Tuhan.

“Saya serahkan pada Allah SWT. Doakan yang baik-baik buat kami,” ujarnya.

Sebelum ini, tindakan Boss Ned memuat naik fotonya bersama Nadia menyorot perhatian ramai.

Malah, kapsyen manis yang ditulis juga menunjukkan seolah-olah mereka kini adalah pasangan kekasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nedim Nazri Aziz (@boss_ned)

Sekadar info, Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019.

Namun, rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan dan bercerai pada April 2020.

Manakala, Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan sah bercerai secara baik  pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, Nora dan Nedim dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Featured Tue, 20 Feb 2024

Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Mantap lah Puteri Balqis! Yang penting janagn semakkan kepala dengan pendapat orang tak berilmu❤️✌️

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Bakal Mengambil Tawaran Berkualiti Sahaja Kali Ini

Fikirkan kualiti berbanding kuantiti itu diantara sebab mengapa bakal memilih tawaran berkualiti mulai sekarang

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Ayda Jebat Diberi Pujian Lakon Watak Bisu!

Siapa sangka, Ayda Jebat berjaya melakonkan watak sebagai Ilya iaitu perempuan bisu dan pekak dengan sangat baik!

Figura Wed, 17 Jan 2024

Agong & Raja Permaisuri Agong Berkenan Baca Berita Di Buletin Utama Malam Ini

Jangan lupa saksikan malam ni di Buletin Utama TV3!

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

error: Content is protected !!