Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2025 @ 12:03pm

Senario Beri Penjelaskan Ketiadaan Pak Ya – “Kami Dah Berbincang, Ini Atas Permintaan….”

Kumpulan Senario tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan pelawak Ilya Buang atau Pak Ya sebagai duta untuk kempen pakaian raya.

Menurut Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet, keputusan tidak melibatkan Pak Ya bukan berpunca daripada sebarang perselisihan, sebaliknya dibuat berdasarkan ketetapan pihak klien sendiri iaitu Jakel.

Katanya, selepas perbincangan bersama pihak pengurusan jenama terbabit, mereka bersetuju untuk memilih hanya lima anggota asal Senario iaitu Lan Pet Pet, Azlee, Apek, Yassin dan Wahid bagi menggalas tanggungjawab tersebut.

@xtra_my Warganet tanya, mana kelibat Pak Ya… Last time rasanya ada… Kali ni hanya ada Lan Pet Let, Wahid, Azlee, Saiful Apek & Yassin… Hmmm #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

“Sejujurnya, kami semua baik-baik sahaja, malah kami berenam bakal muncul dalam konsert Senariounion The Last Kopek pada April tahun hadapan. Sebenarnya, tiada sebarang salah faham pun yang terjadi antara kami.

“Pemilik Jakel terbabit terdiri daripada 11 beradik dan mereka semua berbincang, keputusan sebulat suara dibuat untuk mengekalkan hanya ahli Senario yang original.

“Sebelum tandatangan kontrak, kami juga sudah berbincang sesama ahli dan telah memujuk. Namun itu keputusan akhir mereka. Kami, ahli asal Senario sendiri yang berjumpa Pak Ya untuk menerangkan perkara sebenar.

“Jadi, tuduhan timbulnya isu antara kami berenam tidak benar. Sebelum tanda tangan kontrak, kami semua bertemu Pak Ya menjelaskan mengenai perkara ini, kami sendiri nak elak salah faham dan isu berbangkit di kemudian hari,” katanya kepada XTRA.

Lan berkata demikian ketika ditemui pada sesi Meet and Greet Senario, Cik Epal dan Ammar bersama peminat di Jakel pada Sabtu.

Seorang lagi anggota Senario, Wahid, turut memberikan pencerahan mengenai perkara tersebut.

Menurut bekas hos Melodi TV3 itu, nama Pak Ya sememangnya tidak termasuk dalam senarai kempen raya sebelum ini, namun rezeki berpihak kepadanya apabila dia dijemput menggantikan tempat Yasin yang tidak dapat terlibat atas sebab tertentu.

“Untuk kempen raya tahun ini, nama Pak Ya memang tidak ada. Tetapi apabila Yasin tidak dapat turut serta dan memberikan komitmen, Apek mencadangkan Pak Ya sebagai pengganti. Untuk kontrak kempen 2025, memang asalnya tidak melibatkan Pak Ya,” jelasnya.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Senario mempunyai masalah dengan Pak Ya selepas wajahnya tidak kelihatan dalam kempen pakaian raya Jakel 2026, sekali gus mencetuskan tanggapan kononnya dia disisihkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Feb 2023
Trending Thu, 4 Jan 2018

多数人没有看过的明星合影老照片!

多数人没有看过的明星合影老照片!周润发抱着的人竟是……最后一张更是珍贵,两位时代伟人同台!

Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Mon, 16 Feb 2026

Konsert Ambivert Kuala Lumpur Jadi Saksi, Raisa Abadikan Pesan Terakhir Arwah Ibu Dalam ‘Kuharap Duka Ini Selamanya’

Menurut Raisa, pemergian ibunya, Ria Mariaty Rachmat Ardiwinangoen menjadi fasa paling sukar pernah dilaluinya.

Cahaya Mata Wed, 6 Jul 2022

“Saya Merancang Nak Dapat Anak Cepat” – Habis Pantang, Emma Maembong Cuba Dapatkan Zuriat Kedua

Emma dan suami berusaha mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis pantang melahirkan anak pertama.

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Fri, 19 Mar 2021
8TV Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

梁文音阔别四年后带新专辑来马开唱!

「幸褔歌姬」梁文音阔别四年后,将带着她的全新专辑来马开唱!

error: Content is protected !!