Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 24, 2025 @ 10:33am

Ustazah Asma’ Harun Tegur Fenomena ‘Content Sweet’ Pasangan Belum Nikah – “Malu & Memang Tak Patut”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menggesa masyarakat agar berhenti  menormalisasikan  kandungan video di media sosial melibatkan pasangan belum bernikah yang mempamerkan aksi manja dan berlebihan atas alasan kerja atau promosi.

Kata Asma’, perbuatan tersebut jelas melanggar adab serta batasan yang ditetapkan dalam Islam, malah semakin membimbangkan apabila ia diterima dan dipuji secara terbuka oleh warganet.

“Malu dan memang tak patut. Hentikanlah normalisasi pasangan belum nikah atau akan nikah atas dasar kerja sekalipun buat content berlebihan dan sweet, comel ke apa,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menegur sikap netizen yang lebih cenderung memuji berbanding menegur.

Ini sekali gus menyumbang kepada trend pasangan mempamerkan hubungan secara terbuka tanpa mematuhi syariah.

“Netizen pun galak memuji bukan menegur, akhirnya ramai ikut tayang couple terbuka.

“Situasi ini lagi menyedihkan bila dalam kalangan pemimpin masyarakat dan individu muslim berpengaruh, yang sepatutnya tujuk contoh yang baik kepada anak muda, tapi jadi sebaliknya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ustazah Asma’ mengingatkan umat Islam kini berada dalam bulan Rejab dan bakal menyambut Ramadan, justeru kandungan yang tidak selari dengan syariat perlu dihentikan, terutama apabila melibatkan promosi dan iklan.

Tidak habis disitu, Ustazah Asma’ juga mengambil kesempatan menasihatkan pemilik produk dan jenama agar tidak mengorbankan prinsip agama semata-mata untuk meraih perhatian dan keuntungan.

“Sekarang dah masuk Rejab ni, janganlah dah Ramadhan nanti makin banyak content tak patut Syariah ni makin banyak sebab nak iklan Raya.

“Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan, sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batasan Syarak. Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki ? Atau asal dapat kaut banyak untung..lepas tu bersihkan atau sedapkan hati dengan Sedekah.

“Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk, perbuatan ini salah faham besar dan ia adalah tipu daya iblis,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kebaikan Yang Tulus Pasti Diperlihatkan Meski Sekecil Zarah”- Ustazah Asma’ Harun Kenang Kemuliaan Hati Bung Moktar

ARTIKEL BERKAITAN:Muzik Video Kontroversi, Ustazah Asma’ Harun Hargai Tindakan Universal Music Malaysia & Kumpulan Dolla

ARTIKEL BERKAITAN:“Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

ARTIKEL BERKAITAN:“Maksiat, Dosa Bukan Lagi Untuk Disembunyikan” – Penangan K-Drama ‘S-Line’, Ustazah Asma Harun Tegur Generasi Muda Sengaja ‘Londehkan’ Maruah Diri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Nabila Razali terkejut bila ada peminat menggelarkannya ‘artis suara chipmunk’ ketika mahu bergambar.

Featured Wed, 18 Jun 2025

“Tak Boleh Cerita Pasal Kipas, Amira Dah Warning Nanti Tak Dapat Invitation”- Hael Husaini

Menerusi video tersbeut, Hael diminta oleh pengikutya untuk berkongsi cerita mengenai ‘kisah cinta’ Fattah & Amira.

Trending Sat, 9 Mar 2019

超尴尬!阿公拿飞机杯当花瓶插花拜阿嬷

情趣用品真的要放好,一旦被家人当成其他物品使用,那就尴尬了……

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

error: Content is protected !!