Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 24, 2025 @ 9:50pm

“Peminat Ini Adalah Kekuatan” – Siti Nurhaliza Ziarah Peminat Setia Di ICU, Titip Doa Ada Keajaiban

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini menyorot perhatian ramai apabila meluangkan masa menziarahi seorang peminat setianya, Mohd Fadzil, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menyifatkan peminat sebagai kekuatan utama sepanjang perjalanan karier seninya, Siti berkata, Fadzil adalah antara peminat yang sangat setia dan sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi termasuk mengikuti beliau ke mana sahaja.

“Fadzil ini adalah peminat saya yang sangat setia. Kesetiaan mereka sampai wujud kumpulan peminat tersendiri yang begitu kuat menyokong saya. Dalam apa juga keadaan, mereka akan sentiasa bersama dan menyokong,” katanya.

Tambah Siti, dia juga sering melihat kelibat Fadzil setiap kali menghadiri acara, malah sentiasa hadir menghantar dan menyambut beliau termasuk ketika ke luar negara.

Justeru, apabila dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Fadzil yang semakin merosot sehingga dimasukkan ke ICU, Siti mengambil kesempatan menziarahinya di wad kecemasan selepas mendapat keizinan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

“Manalah kita tidak sedih dengan apa yang berlaku. Jadi bila ada ruang dan keizinan suami, saya ambil peluang untuk melawat dan memberi sokongan,” jelasnya.

 

Menurut Siti, peminat adalah nadi kekuatan yang membolehkan beliau terus bertahan dalam industri seni sehingga kini.

“Kalau tiada sokongan peminat, kita tidak akan bertahan selama ini.

“Pengorbanan mereka sangat besar dan kehadiran saya sekurang-kurangnya diharap dapat memberi semangat walaupun dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mungkin dia boleh dengar,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya, Siti memaklumkan, ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada setiap pengorbanan yang dilakukan peminat selama ini.

Selain itu, Siti berharap kehadirannya dapat menyuntik kekuatan buat Fadzil.

Dalam kunjungan tersebut, Siti turut membisikkan kata-kata semangat dengan menyebut nama peminatnya itu serta memintanya untuk mengingati Allah SWT, berzikir, beristighfar dan mengucap dalam hati.

“Saya mengharapkan doa daripada semua agar ada keajaiban untuk dia dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan,” kongsinya.

Difahamkan, beberapa peminat Sitizoners lain turut hadir menziarahi Fadzil sebagai tanda solidariti dan kasih sayang sesama ahli komuniti peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

Pelik! Wedding Dress Unik Alaf Baru Ini Curi Perhatian

Rekaan baju pengantin ini dikatakan unik dan lain daripada lain! Mungkin boleh beri inspirasi untuk yang bakal bergelar raja sehari?

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

‘Menyanyi Boleh Tapi Dengan Syarat’, Ali XPDC Ingat Pesan Ustaz

Doakan saya terus istiqamah dalam perjalanan ini. Yang penting, jangan sesekali megadili orang lain. Insya Allah…

Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Thu, 10 Jun 2021

Nenek Disahkan Positif COVID-19, Elfira Loy Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan berita menyedihkan apabila nenek kesayangannya disahkan positif Covid -19. Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Elfira, 27 sempat berkongsi keadaan neneknya yang disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat pertama, sebelum ujian kedua […]

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Tindakan Dah Diambil, Jangan ‘Menekan’ Tanpa Fakta” – Diana Danielle Tegur Netizen Isu Lelaki Pijak Al-Quran & Nabi

Diana menegur segelintir netizen yang didakwa terus membuat kesimpulan daripada fahaman mereka sendiri tanpa merujuk fakta sebenar. 

error: Content is protected !!