Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 2, 2026 @ 1:10pm

“Tindakan Dah Diambil, Jangan ‘Menekan’ Tanpa Fakta” – Diana Danielle Tegur Netizen Isu Lelaki Pijak Al-Quran & Nabi

Pelakon, Diana Danielle tampil memberi respons terhadap isu seorang individu yang telah pun ditangkap pihak berkuasa susulan tindakannya yang telah memijak Al-Quran dan hantaran menghina Nabi Muhammad.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, 35, secara terbuka menegur segelintir netizen yang didakwa terus membuat kesimpulan daripada fahaman mereka sendiri tanpa merujuk fakta sebenar.

“Individu yang hina al-Quran hari itu sebenarnya dah pun ditangkap dan ditahan sejak 25/2 lagi. Jadi dari sudut tindakan undang-undang, proses dah pun berjalan.

“Bila kita cakap tentang isu ini, saya rasa dalam bulan Ramadan ni walaupun kita penat dan emosi lebih sensitif. Kita masih ada ruang untuk lebih berhati-hati sebelum buat kesimpulan terhadap isu.

“Apa yang saya faham, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ada respons tentang isu ini, tapi bukanlah dia tuju pada semua. Teguran itu lebih kepada suara-suara yang terus mempersoalkan ‘mana tindakan?’, sedangkan tindakan dah diambil,” katanya.

Aktres filem popular Imaginur itu turut sempat menasihati netizen untuk memastikan membuat penilitian fakta terhadap isu sensitif tersebut sebelum terus memberi ‘tekanan’ kepada pihak berkuasa.

“Ada beza antara bertanya untuk dapat kepastian dan membentuk persepsi seolah-olah tiada tindakan langsung.

“Kadang-kadang kita terlalu cepat respons sedangkan fakta dah ada, mungkin lebih baik kita pastikan maklumat sahih dulu sebelum kita bagi pandangan. Sekian dari saya yang sentiasa mendoakan harmoni antara kita semua,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, difahamkan tempoh reman individu tersebut akan tamat pada Selasa dan kes akan diruuk kepada Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA).

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Kecewa, PU Riz Tegas Selar Insiden Pijak Al-Quran… Seru Semua Pihak Hormati Sensitiviti Agama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Apr 2018

Dia Petik Nama Saya – Ini Sebab Kenapa Che Ta Serang Kak Zai

Che Ta marahkan Kak Zai kerana bersebab. Apa agaknya ya?

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Featured Fri, 17 Feb 2023
Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024
Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Kini Hafiz Suip Ubah Penampilan Diri!

Namun, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan imej berserban dan berjubah.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jadi Pelumba Mengajar Saya Jadi Lebih Penyabar’- Wany Hasrita

Bila tamat sahaja perlumbaan, orang pertama saya akan cari sudah tentu dia. Siapa orangnya?

error: Content is protected !!