Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin March 7, 2026 @ 6:06pm

Beli Baju Kurung Gara-Gara Nak Dapat Tumbler Percuma, Suri Rumah Terkejut Menang Hadiah RM200,000 – “Saya Tenung Lama, Banyaknya Kosong”

Niat seorang suri rumah untuk mendapatkan persiapan Hari Raya sambil mendapat tumbler akhirnya membawa tuah luar biasa apabila dia memenangi hadiah bernilai RM200,000.

Wanita bertuah itu, Nurul Aqilah Radzuan, 33, yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata dari Taiping, Perak, diumumkan sebagai antara pemenang hadiah utama bagi kempen AFFIN Dream Box hasil kerjasama Bulan Bintang dan Affin Islamic Bank Berhad.

Aqilah berkata, dia langsung tidak menjangka pembelian baju kurung secara atas talian itu akan membuka peluang untuk menerima ganjaran sebesar itu menerusi kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by AFFIN.

“Saya memang pengumpul tumbler. Pada mulanya saya beli sebab tertarik dengan tawaran percuma tumbler. Bila parcel sampai, saya tengok tumbler dulu sebelum buka baju dan cuba pakai.

“Selepas itu saya imbas kod QR yang diberikan dan terlihat jumlah hadiah yang tertera. Mula-mula saya sangka nilainya cuma RM200, tetapi bila tengok betul-betul memang saya terkejut.

“Saya tenung lama nilai hadiah yang saya dapat, banyaknya kosong. Saya terus screenshot dan hantar kepada suami untuk minta kepastian. Sampailah pihak Bulan Bintang hubungi saya, waktu itu baru saya yakin ia benar-benar berlaku,” katanya.

Tambah Nurul Aqilah, kemenangan itu datang pada waktu yang cukup bermakna, apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani Ramadan dan bakal menyambut Aidilfitri.

@bulanbintangclothing Tahniahhhhhh kepada pemenang AFFIN Dream Box yang bernilai 200 ribu ringgit. Rezeki jatuh dari langit! Nak tengok apa impian yang AFFIN & Bulan Bintang kena tunaikan? Stay tuned 🤩 #bulanbintanghq #bulanbintangterrrrpalingrayapoweredbyaffin ♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ

Wang tersebut juga dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan serta perancangan keluarganya pada masa depan.

Majlis penyerahan hadiah berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin.

Sementara itu, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi atau Meri menjelaskan idea memperkenalkan Dream Box lahir daripada situasi apabila hadiah yang ditawarkan jenama itu sering menjadi bahan perbandingan saban tahun.

“Setiap kali masuk musim kempen, akan ada yang bandingkan hadiah kami dengan tahun-tahun sebelumnya. Dari situ saya fikir, sampai bila kami perlu terus tampil dengan hadiah fizikal yang semakin mahal.

“Sebab itu Dream Box diperkenalkan. Kami mahu pemenang ada kebebasan untuk memilih sendiri apa yang mereka impikan atau perlukan,” katanya.

Menurut Meri, kerjasama dengan Affin Islamic Bank bukan sahaja mengukuhkan kempen tersebut, malah membuka ruang untuk Bulan Bintang memperluaskan kelompok pelanggan mereka.

“Kolaborasi ini membantu kami mendekati segmen pelanggan yang lebih luas. Dalam masa sama, ia mencerminkan hasrat Bulan Bintang untuk terus menghargai pelanggan setia dengan cara berkongsi rezeki bersama mereka,” katanya.

@bulanbintangclothing Selesai misi AFFIN dan Bulan Bintang untuk fullfil semua impian pemenang AFFIN Dream Box 200 ribu ringgit ni. Dapat ikut pergi shopping pon rasa best 🤩 Korang jangan risau, teruskan berimpian sebab ada banyak lagi hadiah-hadiah yang best menanti! #bulanbintanghq #bulanbintangterrrrpalingrayapoweredbyaffin ♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap kempen itu terlalu mudah untuk dimenangi, Meri menegaskan bahawa pendekatan yang digunakan memang sengaja direka supaya lebih telus dan ringkas.

“Cara penyertaannya sangat mudah. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM109 untuk mana-mana produk, kemudian imbas kod QR dan keputusan boleh diketahui serta-merta.

“Kami mahu pelanggan rasa lebih yakin kerana mereka tidak perlu menunggu lama atau melalui proses cabutan yang panjang. Itu yang menjadikan kempen ini lebih menarik.

“Masih terdapat banyak lagi hadiah yang belum dimenangi untuk kempen ‘AFFIN Dream Box’ ini antaranya Dream Box bernilai RM100,000 & RM50,000, kereta, motosikal dan pelbagai lagi hadiah lain. Senarai hadiah yang masih boleh dimenangi boleh dilihat di aplikasi Bulan Bintang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Aug 2023
Featured Mon, 5 Sep 2022

Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

Selepas dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perceraian aktres berbakat, Nad Zainal bersama suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini, ramai nampaknya warganet yang masih tertanya-tanya apakah punca utama disebalik pergolakan rumah tangga pelakon itu. Nad […]

Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Ernie Zakri menangis, tidak sangka rangkul anugerah bintang paling popular ABPBH37

Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Wed, 12 May 2021

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di […]

Trending Wed, 7 Mar 2018

Lawak! Koleksi Biskut Viral Bikin Pecah Perut

Biskut viral yang menggunakan hanya empat bahan asas ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja kerana bahan-bahannya yang murah tetapi bentuk biskut ini juga menjadi bahan lawak sebaik sahaja keluar daripada ketuhar

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

error: Content is protected !!