Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 16, 2023 @ 11:36am

Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Umum mengetahui pengarah sensasi Syamsul Yusof, 39, sah menikahi Ira Kazar di Thailand, awal Januari lalu.

Namun kini masjid yang menjadi saksi penyatuan Syamsul dan Ira itu menjadi tumpuan ramai apabila sering disebut-disebut pelancong yang berkunjung ke negara tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, seorang pemandu pelancong daripada sebuah syarikat pelancongan berkata, Masjid Besar Wilayah Songkhla Thailand itu semakin popular selepas berita perkahwinan pengarah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Malah, katanya lagi, urusan pernikahan di situ juga sangat mudah.

“Masjid itu memang sudah terkenal dalam kalangan orang kita untuk bernikah. Apatah lagi di tingkat dua terletaknya pejabat agama mereka.

“Kiranya, kalau nikah di situ memang diiktiraf pun dan selepas itu mereka perlu serahkan borang di Kedutaan Malaysia. Memang mudah saja urusannya. Namun, ia bertambah popular selepas tersebarnya berita perkahwinan Syamsul.

“Sebelum tiba di kawasan Pantai Samila, Songkhla akan melalui masjid ini. Satu fakta menarik yang akan dikongsikan kepada pelancong adalah perkahwinan pasangan terbabit.

“Dalam masa sama, ada juga yang dah tahu. Kadang, ada yang dah bertanya lebih awal sama ada akan singgah di masjid itu atau tidak,” katanya.

Menurut individu tersebut lagi, dia juga sering menjadi rujukan warga tempatan terutama mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di wilayah itu.

“Kita tak ada pakej ini, tapi macam saya secara peribadi ada saja yang bertanya macam mana kalau nak pergi kahwin di sana. Saya okay saja untuk kongsikan caranya. Selebihnya mereka kena buat sendiri. Sebab tak susah pun,” katanya.

Terdahulu, bekas suami kepada aktres, Puteri Sarah itu akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand pada Januari lalu.

Majlis pernikahan sutradara KL Gangster dan wanita terbabit berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Menurut Syamsul, dia mempunyai sebab tersendiri untuk bernikah di Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Aug 2025
Hiburan Sun, 18 May 2025

Noraniza Idris Kesal Niat Baik Disangka Gimik

Niat Kak Ani hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas.

Featured Wed, 5 Oct 2022

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Getaran jiwa…. melanda hatiku, tersusun nada irama dan lagu

Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Events Mon, 4 Feb 2019

Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Sampai Bila buat bulu roma meremang!

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Ramai Sangka Luahan Cinta, Rupanya ‘Sadis’ Tentang Kerinduan Aina Abdul Terhadap Arwah Ayah

Bagi Aina Abdul, Sadis adalah surat rindu yang tidak pernah sempat dikirimkan kepada arwah ayah.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Mereka Akhirnya Berani Bercerita” – Beto Kusyairy Harap Isu Gangguan S*ksual Tidak Lagi Jadi Tabu

Beto Kusyairy mendedahkan ada segelintir mangsa gangguan seksual berani tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui selepas menonton karya lakonannya.

Trending Fri, 29 Oct 2021

Beraksi Di AJL? Iman Troye Rasa Belum Layak!

Penyanyi muda yang sedang mencipta nama, Iman Troye merasakan dirinya masih tidak layak untuk bertanding di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Biarpun lagu nyanyian Iman berjaya mencuri hati ramai dan mendapat respons positif, […]

error: Content is protected !!