Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 24, 2025 @ 9:11pm

“Solidariti Mesra Setiawangsa Untuk Palestin & Sudan Adalah Ruang Untuk Kita Bersatu Sebagai…” – Afdlin Shauki

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki menyifatkan program solidariti menjadi ruang untuk penyatuan komuniti.

Prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang sedang melanda rakyat Palestin dan Sudan, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Setiawangsa yang dipengerusikan oleh Afdlin menganjurkan program amal berskala komuniti.

Acara Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin & Sudan dianjurkan selama lima hari, bermula 25 hingga 29 Disember 2025 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.

“Solidariti Mesra Setiawangsa adalah ruang untuk kita bersatu sebagai komuniti dengan beribadah dan berkongsi nilai kemanusiaan.

“Kita juga boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang sedang diuji. Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, membawa makna yang besar,” kata Afdlin.

Dengan sokongan pelbagai rakan strategik, komuniti setempat, badan sukarelawan serta tokoh seni dan budaya, program yang mengangkat tema Beribadah Sambil Bersolidariti ini menyatukan elemen ibadah, kesedaran kemanusiaan, hiburan, seni budaya dan aktiviti keluarga bagi menggalakkan keprihatinan masyarakat selain mengumpul dana bantuan.

Solidariti Mesra Setiawangsa bukan sekadar inisiatif kutipan dana, tetapi juga medan pendidikan masyarakat mengenai penderitaan yang dilalui rakyat Palestin dan Sudan akibat konflik dan krisis kemanusiaan berpanjangan.

Turut disediakan pameran kesedaran, aktiviti keluarga dan kanak-kanak Pasport Gaza Discovery, sesi riadah komuniti, perkongsian tokoh, tayangan khas, malam seni solidariti dan cabutan bertuah motor elektrik setiap malam.

Antara artis dan personaliti yang bakal memeriahkan program ini termasuk Ery Putra, Noraniza Idris, Salma Mentor, Norlie Tamam Idris, Ako Mustapha, Heliza Helmi, Zizi Kirana, Cat Farish, Johan Raja Lawak, Kavita Sindu, Erma Fatima, Datuk Afdlin Shauki, Shikin Maembong, Hazwani Helmi, Zul Handy Black & Aslam Buskers serta Datin Seri Umie Aida.

Sepanjang lima hari penganjuran, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk khemah jualan dan gerai amal yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam, pengumuman kesedaran serta siaran DJ sepanjang program, sesi selawat, persembahan busking bertema kemanusiaan dan keagamaan, selain persembahan khas Zul Handy Black bersama rakan artis.

Setiap hari turut menampilkan pengisian berbeza yang merangkumi aspek rohani, ilmu dan sosial. Hari pertama dan kedua memberi tumpuan kepada pameran kesedaran, aktiviti kanak-kanak dan busking; hari ketiga akan menyaksikan Majlis Perasmian, pameran interaktif serta malam seni solidariti; hari keempat pula memberi fokus kepada aktiviti kekeluargaan, perkongsian tokoh dan tayangan khas; manakala hari kelima menjadi acara kemuncak dengan pengumuman jumlah kutipan dana serta persembahan penutup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 23 Oct 2019

Bengkel memasak makanan sihat bersama Beko menarik!

Makanan segera yang berkhasiat yang boleh dibuat dengan pantas!

Acara Thu, 27 Feb 2020

Pakej percutian mewah glamping di tengah kota raya

Castra by Colony tawar pengalaman berbeza

Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Acara Mon, 7 Oct 2019
Acara Fri, 21 Oct 2022
error: Content is protected !!