Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2025 @ 10:46am

Penampilan Didakwa Terlalu Ketat, Watie Hanifiah Terima Teguran Netizen

Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, iaitu Watie Hanifiah, secara terbuka menerima teguran segelintir pihak yang mengkritik penampilannya yang didakwa terlalu ketat.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan dirinya tampil manis mengenakan busana berona nude yang jelas menampakkan ‘baby bump’ yang semakin membesar.

Menurut Watie, dia masih belum mula membeli kelengkapan bayi kerana bimbang terbongkar jantina kandungannya, selain mengakui masih kurang arif mengenai barangan keperluan untuk ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.

“Sejujurnya, mummy belum mula membeli barang bayi sebab takut ‘terkantoi’ jantina anak. Selain itu, saya juga tak tahu nak beli barang apa. Jadi, saya mohon ibu-ibu di luar sana kongsikan barangan keperluan untuk ibu dan bayi yang baru lahir,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Watie agar memilih pakaian ibu mengandung yang lebih selesa dan longgar, sekali gus membantu menjaga aurat dengan lebih baik.

Dalam masa sama, Watie dilihat hanya menekan butang ‘suka’ pada komen-komen berunsur teguran tersebut, seolah-olah menerima pandangan dan nasihat yang diberikan oleh pengikutnya.

Pada November lalu, Shuib mengesahkan isterinya kini hamil lima bulan selepas pernah mengalami keguguran zuriat pertama sekitar Mei lalu.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Artikel Berkaitan: Shuib Syukur Isteri Dikurniakan Peluang Kedua, Watie Hanifiah Kini Hamil 5 Bulan

Artikel Berkaitan: Dapat Mimpi Petanda Buruk, Watie Hanifiah Reda Alami Keguguran – “Maafkan Mummy Tak Jaga Bintang Dengan Baik”

Artikel Berkaitan: “Emosi Tak Stabil Bila Berpantang Tanpa Baby” – Watie Hanifiah Syukur Ramai Titip Doa & Kata Semangat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi

Foto mesra Noor Nabila bersama seorang jejaka berjambang cetus spekulasi.

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Untungnya dapat suami yang memahami…

Featured Sun, 12 Nov 2023

Puas! Peminat Tak Kisah Menanti Demi Tonton Persembahan ‘Terakhir’ Di KL, Konsert Noah Menemaniku Full House

Konsert Noah Menemaniku Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Sabtu ternyata memberikan impak luar biasa khas buat peminat setianya di Malaysia. Dibanjiri lebih 6,000 penonton, sudah pasti peminat […]

Featured Wed, 6 May 2026

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

UPDATE: SHINEE’S JONGHYUN LEAVES HEARTBREAKING SUICIDE LETTER

Jonghyun had specifically rented out an apartment for his suicide. He also left a letter which he wanted everyone to read.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026
error: Content is protected !!