Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 29, 2025 @ 7:31pm

Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak telah dikeluarkan dari kediaman mereka tanpa pengetahuan serta persetujuannya.

Menerusi luahan di platform Threads, Dr. Fie berkata tindakan itu dilakukan ketika dia sedang berada di luar negara, sekali gus membuatkan dirinya terkejut dan terkilan dengan sikap bekas suami yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurut Dr. Fie, segala barangan peribadinya didakwa diangkut keluar dan diletakkan di hadapan rumah ibunya tanpa sebarang perbincangan atau notis awal.

“Saya sedang berada di luar negara, namun barang-barang saya dikeluarkan dari rumah yang saya duduki bersama anak-anak tanpa pengetahuan saya. Kejam kamu, Nubhan. Semua barang saya dicampak begitu sahaja di hadapan rumah ibu.

“Sedih diperlakukan sebegini. Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Telefon pembantu rumah turut dirampas,” katanya.

Dalam hantaran sama, Dr. Fie turut mempersoalkan keberadaan barangan berharga miliknya termasuk wang tunai dan barang kemas, selain mendakwa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan telah ditutup.

“Barang-barang berharga saya siapa yang pegang? Duit dan emas saya di mana? CCTV pula ditutup. Ini sudah keterlaluan. Saya tidak tahu lagi bagaimana mahu bersabar,” tulisnya.

Dr. Fie juga meluahkan rasa hampa apabila mendakwa dirinya diperlakukan tanpa sebarang belas kasihan meskipun pernah berusaha menjaga keharmonian rumah tangga sebelum ini.

“Rumah dan kereta atas nama kamu, lalu semudah itu kamu buang saya. Lepas itu kononnya hadiah kereta, rumah dan klinik. Semua itu hanyalah kandungan semata-mata.

“Saya masih ada ibu bapa. Di mana hormat kamu terhadap orang tua saya? Adakah ini yang dikatakan anak soleh? Kamu aniaya saya seperti ini,” luahnya lagi.

Menurut Dr. Fie, kesabarannya kini berada di kemuncak selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri demi menjaga aib dan maruah semua pihak.

“Saya sudah tidak mampu lagi berdiam diri. Tangan saya menggigil. Sekurang-kurangnya tunggulah urusan harta sepencarian selesai atau berbincang secara elok. Kenapa perlu buat secara mengejut? Saya yang akan pulang penat-penat dan lihat keadaan rumah berterabur. Ya Allah, kuatkan aku,” katanya.

Sekadar info, Dr. Fie dan Nubhan disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, sekali gus menamatkan ikatan perkahwinan mereka yang bertahan selama sedekad.

Perceraian tersebut melibatkan lafaz talak kedua yang berlaku pada 10 November 2025, susulan lafaz talak pertama pada Ogos 2025, dan kedua-duanya telah disahkan di mahkamah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Feb 2020

Ibu paksa ustazah merangkak di depan murid diserang Bawang Rangers

Pemilik akaun Ajakati Ajakatin tutup akaun

Trending Sun, 11 Apr 2021

Tamat Zaman Anak Dara Pada Usia 48 Tahun Dengan Lelaki British, Haliza Misbun Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Aktres popular 1990-an, Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi, Kuala […]

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Aaron Aziz Jadi Mangsa Scammer, Nama Dijual Perdaya Pelabur Projek Filem

Menurut Aaron, dia pernah didatangi individu yang mendakwa sudah mengeluarkan dana untuk projek yang kononnya membabitkan dirinya, sedangkan tiada sebarang perjanjian pernah dimeterai.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Haseul Diagnosed With Repetitive Anxiety Symptoms; LOOΠΔ To Continue As 11 For “#” Comeback Promotion

It’s concerning that many idols are suffering with such tragic illness.

Kisah Viral Thu, 25 Jun 2026

Media Prima Perkenal ‘Ruang Rehat’, Galak Rakyat Utamakan Kesihatan Mental

Media Prima Berhad memperkenalkan Ruang Rehat, sebuah inisiatif sosial berskala nasional yang menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa untuk berehat seketika demi menjaga kesejahteraan mental dan emosi.

Trending Tue, 16 Jul 2019
Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Izara Aishah Hamil Enam Bulan

Alhamdulillah…Tahniah Izara & Adib!

Trending Fri, 20 Dec 2019

“Kulitnya Masih Melekat Di Baju”

Ibu Bapa Kecewa, Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

error: Content is protected !!