Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 1, 2026 @ 4:12pm

“Kalau Belanja Hari-Hari Pun, Takkan Terbalas Jasa Mereka” – Hargai Sokongan, Meerqeen Hadiahkan Peminat Bertuah ‘Healing’

Pelakon popular, Meerqeen menutup tirai 2025 dengan momen penuh makna apabila membawa 30 peminat bertuah untuk ‘healing’ bercuti di Villa D’ Acqua, Masjid Tanah, Melaka pada 27 dan 28 Disember lalu.

Menariknya, percutian dua hari satu malam itu turut menghimpunkan peminat dari luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura sekali gus menjadikan pertemuan itu sebagai pengalaman istimewa buat aktor tersebut.

Menurut Meerqeen, selepas melalui jadual kerja yang padat sepanjang tahun, dia akhirnya dapat meluangkan masa berkualiti bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjayanya sejak awal.

“Saya gembira sangat sebab tahun ini memang sibuk, jadi bila dapat peluang habiskan masa dengan peminat, rasa macam hadiah paling berharga untuk saya sendiri. Saya belanja mereka bercuti sebab saya nak mereka pun rasa ‘healing’ sama-sama,” katanya.

Meerqeen berkata, percutian itu adalah antara cara kecil untuk membalas kasih dan sokongan peminat yang sentiasa ada bersamanya, bukan sahaja ketika berada di puncak, malah sejak hari pertama dia memulakan perjalanan dalam industri.

“Saya memang hargai peminat saya. Saya sayang mereka, terima kasih sebab tak henti-henti menyokong saya.

“Sejujurnya, kalau saya belanja hari-hari pun, memang takkan terbalas jasa peminat yang bersusah payah sokong saya sejak hari pertama saya jejak kaki dalam dunia hiburan,” ujarnya.

Tambah pelakon drama bersiri Melur Untuk Firdaus itu, kehadiran peminat dari pelbagai negara juga membuatkan dia lebih tersentuh dan sedar betapa luasnya sokongan yang diterima.

“Saya bersyukur sangat. Bila tengok ada yang sanggup datang dari Indonesia, Brunei, Singapura semata-mata nak bersama, saya rasa macam… Ya Allah, besarnya kasih sayang mereka. Itu yang buat saya lagi kuat dan lagi semangat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Meerqeen turut menyifatkan percutian tersebut sebagai simbol kesyukuran apabila 2025 melabuhkan tirai dengan kenangan indah, selain mengakui gembira melihat perkembangan kerjayanya sepanjang tahun ini.

“Alhamdulillah, bila 2025 nak berakhir ni, saya rasa sangat bersyukur. Banyak benda saya belajar, banyak peluang saya dapat dan saya gembira dengan perkembangan kerjaya saya. Semua ni bukan sebab saya seorang, tapi sebab doa dan sokongan orang sekeliling, termasuk peminat,” katanya.

Menjengah tahun baharu, Meerqeen berharap 2026 membuka lebih banyak ruang untuk dia terus berkembang sebagai anak seni, selain mahu terus memberi yang terbaik buat peminat yang sentiasa berdiri di belakangnya.

“Untuk 2026, saya harap saya terus diberi rezeki dan peluang untuk buat kerja yang saya sayang dan saya nak jadi lebih baik dari segi kualiti, pilihan karya dan cara saya bawa diri. Insya-Allah, saya nak terus buat peminat bangga dan kita sama-sama pergi lebih jauh,” katanya lagi.

Meerqeen turut berharap momen percutian itu dapat menjadi kenangan manis buat peminat yang menyertainya, selain menjadi permulaan kepada lebih banyak aktiviti bersama pada masa akan datang.

“Saya cuma nak mereka tahu, saya nampak semua usaha mereka, saya hargai semuanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita buat lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Jul 2023
Featured Sat, 20 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Neelofa dalam perancangan untuk lakukan majlis ilmu besar-besaran untuk orang ramai sertai ❤️

Trending Tue, 7 Jan 2020

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?很多人都不清楚……

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Beri Peluang Pada Pelakon Baharu

Sebagai orang lama dalam industri saya faham bukan mudah untuk seorang artis baru menempa nama dalam bidang hiburan

Featured Mon, 27 Nov 2023

Salah Lirik Nyanyi Lagu Dawai, Ernie Zakri Buat Permohonan Maaf – “Saya Mengaku Salah, Memang Salah!”

Alahai, tapi sure korang pun tak perasan kan sebab Ernie nyanyi sedap sangat!

Trending Wed, 31 Mar 2021

Selepas 13 Tahun Menyepi, VE Muncul Dengan Lagu Baru

Voices of Euphonious (VE) bukan nama baharu dalam industri muzik. Kumpulan vokal harmoni itu telah ditubuhkan pada 1997, namun selepas sedekad bersama, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Tahun lalu, selepas hampir 13 […]

error: Content is protected !!