Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 3, 2026 @ 12:18pm

Sambut Tahun Baharu Cara Berbeza, Ernie Zakri & Syamel Cipta Magis Di Konsert Nostalgia New Year’s Eve

Konsert Nostalgia New Year’s Eve yang berlangsung di Le Méridien Petaling Jaya pada Khamis lalu, berjaya mencipta kelainan dalam sambutan ambang tahun baharu apabila mengetengahkan konsep persembahan tertutup yang lebih eksklusif, selesa dan tersusun.

Dianjurkan menerusi kerjasama Universal Music Malaysia dan Le Méridien Petaling Jaya, konsert yang menampilkan Ernie Zakri, Syamel serta DJ Fuzz itu menawarkan alternatif baharu kepada konsep sambutan Tahun Baharu yang lazimnya diadakan secara terbuka dan sesak.

Syamel menyifatkan penganjuran konsert tersebut sebagai pengalaman baharu dan bermakna, memandangkan ia merupakan kali pertama beliau terlibat dalam sambutan Tahun Baharu yang diadakan di ruang tertutup.

“Sebenarnya ini satu kelainan buat kami apabila dimaklumkan pihak label bahawa akan diadakan sambutan Tahun Baharu secara tertutup hasil kerjasama bersama Le Méridien. Pada awalnya, kami sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman mengadakan acara sebegini, namun Alhamdulillah ia berjaya direalisasikan dengan sokongan pelbagai pihak,” katanya.

Menurut Syamel, suasana konsert yang tenang dan selesa memberikan pengalaman berbeza ketika beraksi di pentas.

“Paling bermakna, ini juga kali pertama kami merasai pengalaman menyanyi dalam suasana yang sangat teratur dan nyaman. Lazimnya sambutan Tahun Baharu dikaitkan dengan kesesakan dan hiruk-pikuk, tetapi kali ini semuanya berjalan lancar sehingga tanpa sedar kita sudah melangkah ke tahun baharu,” jelasnya.

Syamel turut merakamkan penghargaan kepada peminat, rakan media serta pihak penganjur yang menjayakan acara berkenaan.

“Kami dapat berkongsi detik istimewa ini bersama peminat yang sentiasa menyokong kami. Mereka disajikan dengan muzik, hidangan serta suasana yang baik. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti dirancang,” katanya lagi.

Sementara itu, Ernie Zakri mengakui pada awalnya berasa sedikit gusar kerana konsert Tahun Baharu diadakan di dalam ballroom, sesuatu yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini.

“Secara jujur, saya agak risau kerana kami tidak pasti bagaimana ‘vibe’ dan reaksi penonton. Namun dari segi keselesaan, suasana dalam dewan memang sangat selesa,” katanya.

Bagaimanapun, kebimbangan itu terlerai sebaik sahaja persembahan bermula.

“Apabila Syamel mula menyanyi dan saya mendengar sorakan penonton, Alhamdulillah, ‘feel’ yang kami peroleh tidak jauh beza antara persembahan indoor dan outdoor. Rasa yang hadir tetap sama,” ujarnya.

Ernie turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Le Méridien serta Universal Music kerana menjemput dan memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan konsert Malam Tahun Baharu ini. Ia agak mencabar kerana kebiasaannya orang memilih untuk meraikannya di luar, tetapi malam ini istimewa kerana mereka memilih untuk bersama kami,” katanya.

Menurut Ernie, Konsert Nostalgia New Year’s Eve merupakan projek yang membahagiakan buat dirinya dan Syamel.

“Ini projek yang benar-benar menggembirakan kami, dan Alhamdulillah kami sangat bersyukur dapat merealisasikannya,” katanya.

Konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan sajian muzik oleh DJ Fuzz yang menyuntik elemen nostalgia serta tenaga segar, sekali gus melengkapkan pengalaman sambutan Tahun Baharu yang eksklusif dan penuh kenangan buat semua yang hadir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 22 Jan 2022
Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Events Thu, 27 Oct 2022

“Saya Enggan Kejar Populariti” – Dilabel Sendu, Cliff Umar Tak Kisah Nama Semakin Sepi

Nama penyanyi Cliff Umar yang merupakan vokalis bagi kumpulan Projek Pistol semakin menyepi dalam industri nyanyian tanah air biarpun pernah menjuarai program nyanyian popular pada 2020. Menurut Cliff, tujuan utamanya berada dalam industri hiburan bukan […]

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

“Kami Masih Suami Isteri” – Kaka Azraff Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Kaka Azraff memilih untuk lebih berhati-hati agar perkara peribadi tidak terlalu dihebahkan kepada umum

Featured Wed, 19 Jun 2024
Trending Sat, 6 Jul 2019

Terkena Bom Ikan Di Semporna, 2 Maut

Dua Pelancong Dan Penyelam Skuba Maut Disyaki Terkena Bom Ikan Di Semporna

error: Content is protected !!