Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 4, 2026 @ 9:24am

Frasa Thai ‘Catchy’ Jadi Tarikan, Ayda Jebat Jawab Pertikaian Tajuk Single Baharu ‘Kentoot’

Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat tampil menjawab pertikaian segelintir netizen mengenai tajuk single terbaharunya, Kentoot yang mengundang pelbagai reaksi.

Ayda menjelaskan, pemilihan tajuk itu dibuat kerana kedengaran unik, mudah melekat di ingatan dan mempunyai simbolik tersendiri dalam menggambarkan realiti hubungan toksik.

Aktres drama bersiri Dekatkan Jarak Kita itu juga meminta orang ramai supaya tidak melihat tajuk lagu itu secara terlalu serius kerana mesej sebenar lebih menjurus kepada pengalaman melepaskan diri daripada hubungan yang memenatkan emosi.

“Sebenarnya tajuk itu bukan untuk dijadikan isu besar. Idea tajuk datang sebab nak sesuatu yang lain daripada yang lain, senang orang ingat dan ia mewakili kisah hubungan toksik yang cuba disampaikan,” jelasnya kepada XTRA.

Mengulas lebih lanjut, Ayda berkata Kentoot merupakan single terbaharu yang menggabungkan elemen humor, semangat empowerment dan pop yang bertenaga.

“Lagu itu dicipta serta ditulis saya sendiri bersama Cuurley, dengan naratif tentang seseorang yang bangkit selepas dikhianati pasangan tidak setia.

“Penggunaan frasa Thai yang catchy dan hook ‘masuk angin keluar asap’ disifatkan sebagai simbol kepada proses melepaskan racun hubungan lama dan membuka ruang untuk kebahagiaan baharu,” katanya.

Ayda menambah, pendekatan lagu itu tidak menumpukan kesedihan semata-mata, sebaliknya meraikan kebebasan dan keyakinan diri.

“Lagu berkenaan turut membawa mesej tegas bahawa masa yang telah terbuang tidak akan kembali, namun maruah dan keyakinan masih boleh dibina semula dengan lebih kuat,” kata Ayda.

Dalam masa sama, suami Ayda, pengacara, Nabil Mahir, memberi penjelasan bahawa dari sudut teknikal, tajuk itu bukan merujuk kepada perbuatan kentut semata-mata, sebaliknya lebih kepada bunyi seakan ‘beep’.

Bertindak selaku pengarah muzik video terbabit; Nabil turut berkongsi Kentoot mengangkat kisah individu yang pernah disakiti oleh pasangan tidak setia, yang manis pada kata-kata tetapi kosong pada janji.

“Kalau ikut konsepnya, tajuk Kentoot itu bukan dieja seperti biasa. Ia lebih kepada bunyi ‘beep’ iaitu ‘Ken-tuttt’. Bahagian ‘Ken’ itu pula boleh jadi apa saja, bergantung kreativiti dan tafsiran pendengar.

“Jika ditonton dalam muzik video, selepas bertahun mengorbankan masa dan perasaan, watak dalam lagu akhirnya bangkit, menemui cinta baharu yang lebih menghargai, lalu tampil dengan keyakinan yang berbeza.

“Perubahan mood lagu melambangkan proses menghembus keluar segala beban toksik daripada hubungan lalu.

“Chorus yang lebih playful dengan frasa Thai serta metafora ‘masuk angin keluar asap’ menggambarkan langkah melepaskan beban lama dan bergerak ke hadapan dengan gaya yang lebih selamba.

“Pada masa sama, lagu itu menjadi satu kenyataan jelas bahawa diri bukan milik sesiapa dan kehidupan yang sebenar bermula apabila keberanian untuk memilih bahagia akhirnya diambil,” katanya lagi.

Muzik video Kentoot arahan Nabil turut menampilkan lakonan Dottie, Amir Raja Lawak, Arabella Ellen dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Jan 2020
Featured Tue, 8 Feb 2022
Trending Thu, 18 Jul 2019

Penerima Ijazah Kelas Pertama Ini Sanggup Kerja Sambilan Sebagai Tukang Cuci, Bawa Ibu Bapa Ke UK

Korang rasa hadiah apa yang korang dah bagi kat ibu bapa korang? Hurmmm.

Featured Thu, 2 Apr 2026

5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Zizi Kirana Syukur Urusan Cerai Selesai – “Terima Kasih Semua”

Status rumah tangga yang dibina selama lima tahun membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin akhirnya menemui titik noktah selepas kedua-duanya dilaporkan sah bercerai talak satu pada Khamis.

Featured Wed, 4 Feb 2026

Video Hadir Photoshoot Tular, Netizen Spekulasi Nampak ‘Baby Bump’ Amira Othman – “Kali Ni Dah Tak Boleh Sorok”

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas video hadir ke sesi penggambaran bagi sebuah produk hijab tular.

Trending Wed, 25 Mar 2020

Rakyat Disaran Jangan Degil, Batalkan Saja Niat Balik Ke Kampung Halaman Dalam Tempoh PKP

Patuhi lah arahan yang diberikan, untuk kesejahteraan kita bersama

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Commercial Featuring BLACKPINK Banned in Indonesia

It’s apparently due to their miniskirts!

error: Content is protected !!