Euforia Bola 2026
Selebriti By: Padin January 4, 2026 @ 3:57pm

Dr Izhar Ariff Kongsi Pandangan Hukum Beli Kain Kafan Mahal, Turut Beri Respons Komen Warganet – “Bagi Orang Kaya Yang Zakatnya Berjuta, Tak Membazir Setakat RM999”

Isu usahawan sensasi, Haliza Maysuri yang menempah set kain kafan premium jenama Datuk Rizalman Ibrahim baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi warganet apabila tindakan itu heboh diperkatakan di media sosial.

Susulan perdebatan tersebut, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, Dekan Fakulti Pengajian Islam merangkap pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari di Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia tampil memberikan pandangan hukum menerusi perkongsian di laman rasmi Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan itu menjelaskan Islam menggalakkan umatnya mengingati kematian sebagai peringatan agar menjauhi maksiat.

Pada masa sama, Dr Izhar yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memaklumkan tiada nas yang jelas mengharamkan seseorang membeli kain kafan yang mahal, namun hukumnya boleh berbeza mengikut keadaan serta tujuan.

Menurut Dr Izhar, pembelian kain kafan premium boleh menjadi harus jika dibuat selari kemampuan, tidak dihebohkan kepada orang ramai dan tujuan pembelian adalah untuk persediaan ibadah, selain individu tersebut tetap menunaikan tanggungjawab lain seperti zakat, sedekah dan wakaf.

Namun, tindakan itu boleh menjadi makruh jika pembelian diuar-uarkan untuk tujuan promosi tanpa niat menunjuk-nunjuk, tetapi akhirnya mencetuskan pertelingkahan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

Dr Izhar turut mengingatkan, perbuatan itu boleh jatuh haram jika dilakukan dengan niat riak, sombong atau menghina kain kafan yang lebih murah yang lazim digunakan masyarakat.

“Dalam isu seperti ini, niat sukar dihukum secara mutlak. Penilaian hanya boleh dibuat apabila wujud tindakan yang jelas menjurus kepada riak, kesombongan atau penghinaan seperti yang dinyatakan,” jelasnya.

Di hantaran sama, Dr Izhar juga memberi respons terhadap salah seorang warganet yang meninggalkan komen.

“Dah mati tanggungjawab yang hidup sediakan kain kafan. Lagi satu bagaimana mati kita tau ke kot tak berkafan pun. Hilang jasad hilang kubur. Membazir je beli mahal-mahal,” tulis salah seorang netizen.

Jawab Dr Izhar, membazir itu subjektif.

“Kalau si mati wasiat suruh pakai set kafan ini, maka wajib tunaikan sebab wasiat mesti ditunaikan selagi tidak lebih 1/3 hartanya.

“Membazir subjektif. Bagi orang kaya yang zakatnya berjuta-juta tak membazir setakat RM999 tu. Membazir bagi orang macam kita yang tak mampu,” tulisnya dengan emoji berseloroh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jul 2024
Events Mon, 25 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek Dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019!

Tahniah diucapkan buat semua peserta DFKL 2019!

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

Hiburan Sun, 17 Aug 2025

Lagu Tentang Detik Pertama Jatuh Cinta, ‘Siapakah Namamu’ Jadi Taruhan Andi Bernadee

Siapakah Namamu karya baharu Andi Bernadee menceritakan keindahan pertemuan cinta tanpa diduga.

Hiburan Mon, 20 May 2019

Izzue Islam Bosan Jadi Baik?

Kalau bawa watak jahat, ia akan jadi lebih ‘berwarna’. Saya mahu lakonkan watak yang menguji kemampuan dan memerlukan saya berusaha lebih di set.

Trending Thu, 8 Nov 2018

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Sinead O’Conner menemukan ketenangan setelah mengenali agama suci ini.

Featured Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Trending Sat, 21 Dec 2019

Hanya Kerana Isteri Kuat Berleter, Sekeluarga Maut

Anak-anak comel tapi sayang maut juga

error: Content is protected !!