Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 7, 2026 @ 6:20pm

Nur Fazura Kongsi Rutin Harian Senaman, Saran Orang Ramai Mula ‘Brisk Walk’ – “Kalau Ada Bajet Lebih Ambil Jurulatih & Kumpul Kawan-Kawan”

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil berkongsi antara rutin senamannya kepada umum ketika menjawab pertanyaan pengikut di platform Threads.

Menurut Fazura, dia hanya melakukan Crossfit atau Core Pilates sekali seminggu, selain mengamalkan minum air putih yang mencukupi setiap hari.

“Saya ada jurulatih untuk kedua-dua latihan sebab Pilates dan Crossfit sangat berbeza. Kalau senaman harian, saya cuma buat regangan saja sebab Crossfit untuk seminggu itu memang intensif dan saya pula sibuk bekerja,” katanya.

Tambah Fazura, bagi mereka yang baru ingin memulakan rutin kecergasan, berjalan laju (brisk walking) sudah memadai sebelum menambah latihan menggunakan beban.

“Kalau ada bajet lebih, ambil jurulatih dan kumpulkan kawan-kawan dulu sebagai sokongan. Lama-lama nanti, happily boleh buat seorang saja. Crossfit ini bukan semua orang boleh tahan,” ujarnya.


Sebelum ini, Fazura mencuri tumpuan ramai apabila netizen memuji kekuatannya ketika mendukung anaknya, Nur Fatima Aisha sebelah tangan sambil memegang ‘stroller’.

Artikel Berkaitan: “Dari Usia 20-an Saya Aktif Crossfit & Pilates” – Dipuji Kuat Dukung Anak Sebelah Tangan, Fazura Luah Rasa Syukur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

Hilarious! Flying Roti Canai Accidentally Lands on Lady’s Head

The roti canai guy was trying to put on a show for the patrons but an unfortunate incident took place.

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

’Terlalu Banyak Kebetulan Antara Kami’- Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

Kalau betul pun apa salahnya kan, dua-dua pun tengah single…

Hiburan Fri, 24 May 2024
Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Featured Thu, 26 Aug 2021
#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Demi Avenger: Endgame, Penonton Sanggup Bangun Awal & Serbu Pawagam!

Ratusan peminat filem Avenger mula menunggu di premis pawagam seawal jam 6 pagi, hari ini. Filem Avenger: Endgame yang mula ditayangkan hari ini memecah rekod apabila menerima kutipan sebanyak RM10 juta bagi pembelian tiket awal. […]

error: Content is protected !!