Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 10, 2026 @ 12:35pm

Digelar ‘New Adele’, Sienna Spiro Pukau Perhatian Dunia Dengan Lagu ‘Die On This Hill’

Penyanyi dan penulis lagu dari London, Sienna Spiro, semakin mendapat perhatian sebagai antara nama baharu paling menyerlah dalam arena muzik antarabangsa. Sienna dikenali menerusi vokal soulful yang tersendiri serta penulisan lirik yang dekat dengan emosi, sehingga ada peminat global mula melabelkan Sienna sebagai “New Adele” generasi Z kerana gaya nyanyian yang menyentuh dan mudah meresap ke hati pendengar.

Sepanjang setahun kebelakangan ini, Sienna mencatat beberapa pencapaian penting termasuk terpilih sebagai Vevo DSCVR Artists to Watch 2026. Sienna turut mencuri tumpuan menerusi EP sulung Sink Now, Swim Later yang dilancarkan pada awal 2025, menampilkan lagu seperti Origami, Back To Blonde dan Need Me. Karya-karya tersebut menerima sokongan awal daripada artis antarabangsa termasuk SZA, Mark Ronson dan FINNEAS.

Single popularnya, Maybe, pula direkodkan melepasi 125 juta penstriman di seluruh dunia serta pernah berada dalam carta viral Spotify di empat negara. Karier Sienna terus berkembang apabila membuat kemunculan televisyen menerusi The Late Show with Stephen Colbert, menyertai jelajah musim panas penyanyi multi-platinum Teddy Swims, serta menjadi artis pembuka tirai kepada Sam Smith untuk residensi eksklusif To Be Free: New York City di Brooklyn.

Di Malaysia, Sienna mula mencetuskan gelombang tersendiri menerusi single terbaharu Die On This Hill terbitan Capitol Records. Lagu itu menerima sambutan luar biasa peminat tempatan dan pantas mengukir pencapaian carta apabila berada di kedudukan #12 Spotify Top 50 Malaysia serta #41 Spotify Top 50 Global, sekali gus menunjukkan karya Sienna bukan sahaja diterima di peringkat antarabangsa, malah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara, khususnya Malaysia.

Populariti Die On This Hill turut dapat dilihat melalui trend video cover di Instagram dan TikTok yang dikongsikan artis tempatan seperti Yazmin Aziz (@yazminaziz) dan Julia Duclos (@juliaduclos), selain Key Opinion Leaders (KOL) termasuk Elica Paujin (@angelpaujin) dan Cici (@felistacy). Gelombang ini menjadikan lagu tersebut antara balada antarabangsa yang paling rancak ditampilkan di TikTok Malaysia ketika ini.

Selain itu, kandungan kreatif daripada artis tempatan seperti Siti Hariesa dan Diana Danielle turut menguatkan lagi impak lagu berkenaan apabila kedua-duanya berkongsi interpretasi tersendiri di media sosial, sekali gus meluaskan jangkauan Sienna dalam kalangan pendengar tempatan.

Untuk rekod, pada Oktober 2025, Sienna melancarkan Die On This Hill menerusi Capitol Records sebagai susulan kepada You Stole the Show yang sebelum ini menerima pujian media antarabangsa termasuk Clash, yang mengangkat Sienna sebagai “bakat baharu yang benar-benar bersedia meledak”.

Menerusi single terbaharu ini, artis berusia 20 tahun itu sekali lagi menonjolkan kekuatan dalam mengolah kisah patah hati menjadi karya yang sarat emosi. Sienna menjelaskan lagu tersebut berkisar tentang perasaan cinta yang sukar dilepaskan, walaupun seseorang sedar sudah tiba masanya untuk pergi.

“Saya gambarkan lagu ini tentang cinta yang keras kepala, cinta yang membuatkan seseorang terus bertahan walaupun dalam hati sudah tahu dia patut berundur,” katanya.

Die On This Hill dihasilkan bersama barisan penerbit terkenal dunia iaitu Omer Fedi (SZA, Lil Nas X), Michael Pollack (Miley Cyrus, Lady Gaga) dan Blake Slatkin (Sam Smith, Tate McRae). Lagu ini turut diperkaya dengan susunan orkestra oleh pemenang tiga Anugerah GRAMMY, Rob Moose.

Gabungan tersebut menyerlahkan vokal Sienna yang kuat, seimbang antara rasa rapuh emosi dan keteguhan jiwa, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara suara baharu yang semakin berpengaruh dalam industri muzik masa kini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

LIFESTYLE Mon, 13 May 2019

Kembara Muslim Bersama Elfira Loy Di Perth. Best Sangat!

Wah! Tak sangka Perth rupanya dilabel sebagai Muslim Friendly. Nak packing lah, nak pergi holiday!

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

#Mentor7: Kenapa Aizat Amdan Pantau Gaya Hidup Protege?

Bukan niat nak menyibuk tau, Aizat ada alasan tersendiri mengapa dia begitu mengambil berat bab-bab pemakanan, percakapan termasuklah waktu bersenam.

Featured Thu, 12 Sep 2024

Tak Simpan Dendam, Yusof Haslam Syukur Kepulangan Syamsul Bukti Doa Termakbul… Pulang Tanpa Paksaan  – “Macam Mana Pun Dia Tetap Anak Kami”

Ibu bapa mana yang tak happy bila anak kesayangan mereka dah pulang ke pangkuan keluarga❤️❤️❤️

Featured Mon, 8 Feb 2021

Pengisian Borang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Percuma – LHDN

Apa sahaja sanggup dilakukan demi kepentingan sendiri. Jangan sebar berita palsu!

error: Content is protected !!