Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2026 @ 2:36pm

“Bukan Sekadar Filem, Ini Suara Kebenaran” – Hazwani Helmi Seru Sokong The Voice of Hind Rajab

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, menggesa orang ramai agar tidak memandang ringan mesej yang dibawa filem The Voice of Hind Rajab, sebaliknya perlu tampil memberi sokongan kerana ia sarat dengan nilai kemanusiaan dan kesedaran jiwa.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Hazwani menekankan tiga sebab utama mengapa filem itu wajar ditonton di pawagam salah satunya adalah untuk sama-sama memberi sumbangan kepada rakyat Gaza.

“Kalau anda tonton di pawagam, setiap RM1 daripada pembelian tiket akan disalurkan ke Tabung Media Prima Palestin. Itu antara sebab utama kenapa sokongan anda sangat bermakna,” katanya.

Menurut Hazwani, The Voice of Hind Rajab bukan sekadar karya seni, sebaliknya satu seruan agar masyarakat terus menggunakan suara mereka untuk menyampaikan kebenaran dan tidak membiarkan kisah penderitaan dilupakan.

“Ini bukan sekadar filem. Suara Hind Rajab ini akan terus berlegar di fikiran kita. Sebab itu kita kena gunakan suara kita untuk bercakap tentang mereka dan menceritakan kekejaman tentera zionis,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hazwani berharap sokongan terhadap filem berunsurkan perjuangan mampu membuka mata industri seni tempatan untuk menghasilkan lebih banyak karya yang mendidik dan membina jiwa masyarakat.

“Mungkin dengan asbab sokongan anda, akan berlaku satu kebangkitan dalam industri seni Malaysia, di mana lebih banyak filem dan drama yang mendidik jiwa dapat dihasilkan,” katanya.

Mengulas dari sudut psikologi, Hazwani berkongsi pengalamannya menyertai misi kemanusiaanpengalamannya menyertai misi kemanusiaan di Turki dan melihat sendiri bagaimana sokongan kerajaan terhadap karya sejarah dan perjuangan memberi kesan besar terhadap pembentukan pemikiran rakyat, khususnya kanak-kanak.

“Mereka membesar dengan cerita perjuangan, jadi pemikiran mereka lebih kritis dan ada semangat juang. Apa yang kita tonton dan dengar sejak kecil akan membentuk siapa kita pada masa depan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hazwani menyeru orang ramai agar tampil memberi sokongan dan menyebarkan mesej kebenaran melalui karya seni seperti The Voice of Hind Rajab.

“Apa yang kita lihat dan dengar akan menentukan corak pemikiran dan tindakan kita setiap hari. Jadi, tolong beri sokongan, sebarkan filem ini dan gunakan suara kita untuk menyebarkan kebenaran,” katanya.

@hazwanihelmi_

Siapa dah tonton filem Hind Rajab? Honestly, siapa nak tgk please standby tissue byk-byk.

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020

Dakwaan Video B*gel Buat Afieq Shazwan Terkilan

Ish ish ish, tak baik orang dakwa Afieq macam tu!

Trending Mon, 16 Sep 2019

Bayi Malang Meninggal Dunia Berpunca Daripada Jerebu

Salam takziah buat adik comel ini. Bahaya juga jerebu ni

Trending Thu, 21 Feb 2019

9张图告诉你「30岁之前和30岁之后」的超中肯生活

对许多人来说, 30岁是个心理上的重要里程碑!有些女生或许会害怕跨过这个年龄……

Hiburan Thu, 9 May 2019
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Prince Affa Selesa Nyanyi Lagu Ciptaan Bapa Saudara

Dari segi pemilihan lagu, saya suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Afgan.

Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Featured Thu, 28 Dec 2023
error: Content is protected !!