Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin January 9, 2026 @ 8:02pm

Senario Meriahkan Preview Ramadan Me’nate, Iftar Mubarak Platter Jadi Tarikan!

Me’nate Steak Hub memperkenalkan menu khas Ramadan dikenali sebagai Iftar Mubarak Platter yang ditawarkan di semua cawangan sepanjang 1 hingga 29 Ramadan 1447H, sebagai pilihan berbuka berkonsepkan hidangan berkongsi untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan.

Platter ini ditawarkan untuk minimum dua orang, menggabungkan Tomato Pilaf Rice bersama tiga menu utama iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank Tulang Merah dan Harissa Chicken Drumstick, selain dilengkapkan dengan hidangan sampingan seperti Arabic Vegetables Stew, mix salad serta pilihan sos dan sambal bagi menaikkan rasa.

Dalam satu kenyataan, Penolong Pengurus Jualan Me’nate, Mohd Izham Othman menjelaskan hidangan itu disusun untuk memberi pengalaman berbuka yang lebih lengkap dan seimbang, sambil mengekalkan identiti rasa Me’nate dengan sentuhan Timur Tengah. “Konsepnya mudah, ini dulang yang sesuai untuk dikongsi, jadi suasana berbuka jadi lebih mesra dan puas,” kata Mohd Izham.

Bagi pelanggan yang memilih untuk dine-in, Me’nate turut menyediakan akses tanpa had ke Semi Buffet sepanjang tempoh promosi, termasuk kuih tradisional, pencuci mulut, hidangan nasi dan mi, stesen pasta secara langsung, buah-buahan, kurma, kekacang, salad serta pembuka selera.

Me’nate turut menawarkan promosi Early Bird diskaun 15 peratus hingga 31 Januari 2026, dengan harga RM84.90 nett seorang untuk dewasa dan RM42.40 nett untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, tertakluk terma dan syarat serta pembelian minimum dua orang.

Sementara itu, untuk yang mahu berbuka di rumah, Me’nate menyediakan Iftar Mubarak NateBox bagi empat hingga lima orang pada harga RM399.90 nett, dengan menu yang sama seperti platter tetapi tanpa akses semi buffet. Majlis pembukaan turut dimeriahkan oleh anggota kumpulan Senario.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Fri, 1 Dec 2017

Apa Yang Menarik Tentang Sebiji Tomato

Tomato antara makanan yang baik untuk kesihatan. Ianya kaya dengan bahan antioksian semulajadi.

Fab Foodies! Mon, 20 May 2019
Fab Foodies! Sat, 30 Jun 2018

Tips Agar Makan Malam Tidak Jadi Lemak

Alih-alih penurunan berat badan tidak menjadi tetapi berat badan kamu pula meningkat. Antara tips agar makan malam tidak jadi lemak 

Fab Foodies! Fri, 20 Apr 2018

「7种食物」便便卡住时千万别吃

根据美国国家卫生研究院的数据指出,便秘为每周排便少于3次,且粪便硬难以「通过」,这是一个常见的问题。有营养师指出,多吃高纤食物能使排便顺畅,前提是还要加入碳水化合物,吸取水分并软化粪便,最重要的是保持水份。

Fab Foodies! Wed, 18 Sep 2019

做错「这些事」你吃的鸡蛋都浪费了!

别再落入误区!做错这4件事,你吃的鸡蛋根本浪费了。

Fab Foodies! Thu, 22 Aug 2019

韩式泡菜、饮料可以扭转脱发?

韩式泡菜有助于保持肠道健康,但现在科学家发现,韩式泡菜甚至可以用来逆转脱发?

Fab Foodies! Tue, 23 Apr 2019

Ibu Tiga Anak Ini Kongsi Rahsia Turun 30 Kilogram Cara Selamat

Berat saya pernah mencecah sehingga 80 kilogram sehingga saya sendiri tertekan untuk berjumpa orang.

Fab Foodies! Tue, 16 Jan 2018

VALENTINE’S DAY DATE IDEA: ATTEND A BAKING CLASS TOGETHER

Valentine’s Day is just around the corner. The old box of chocolates and bouquet of roses can get pretty boring. Why not add a personal touch to your gifts this year?

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

Here’s 7 Easy Tips for People Who are New to Fasting

Thinking of fasting with your Muslim friends this year? You’ll need to learn these few tips.

error: Content is protected !!