Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 14, 2026 @ 11:15am

“Always Put Yourself In Other Shoes” – Netizen Puji Sikap Rita Rudaini Pejuang Hak Pendidikan Anak-Anak & Ibu Bapa

Kelantangan dan keberanian pelakon versatile, Rita Rudaini dalam memperjuangkan hak ibu bapa dan anak-anak khususnya dalam isu pendidikan terus menerima sokongan positif daripada netizen.

Perkara itu tercetus apabila seorang individu meluahkan pengalaman peribadi sewaktu menjejakkan kaki ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), yang menurutnya memberi tekanan besar kepada keluarga daripada golongan B40.

“Bila tengok Rita Rudaini fight dengan Muafakat, terus teringat masa mula nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dulu. Baju batik pun RM200+, tu kain dia ja ya gais.. belum upah buat lagi. Parent B40 masa tu, duit rumah sukan, duit baju kelab, yuran kelab… mujurlah dah settlekan duit yuran makan smpi setengah tahun.. jadi pagi petang, siang malam berkunjunglah ke dewan makan.

“Mungkin bagi orang lain it just RM25, but for me it can almost settle my food fee for that month.. belum buku reference lah apa lah,” luahnya.

Luahan berkenaan sekali gus menyentuh hati ramai, termasuk Rita sendiri yang tampil memberikan respon terhadap situasi tersebut.

Menurut  pemenang Aktres Pembantu TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 itu, kemampuan kewangan seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak dalam membuat keputusan, apatah lagi apabila melibatkan kebajikan ramai pihak.

“Saya boleh bayar tapi saya perlu tengok ‘poket’ waris lain juga.. Kita yang boleh bayar ni boleh cakap macam-macam sebab kita mampu.

“Tunggu one day kita ‘dah tak mampu’ so for me ‘Always put yourself in others’ shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person too,” balasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wraganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan aktres itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Petanda Nak Melangkah Ke Fasa Seterusnya? Ini Respons Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad menafikan bisnes yang diusahakan bersama kekasihnya, penyanyi Raja Syahiran adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, […]

Trending Tue, 3 Nov 2020

Lanjutan Moratorium Bantu Ringankan Hutang Rakyat

Terutamnya kepada golongan yang memerlukan

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Ini Antara Koleksi Baju Raya Sajat?

Nampaknya episod ketiga siri vlog Sajat Rated Xtra kali ini, Sajat kelihatannya begitu sibuk sekali. Al-maklumlah beliau sendiri pun mempunyai pelbagai cabang perniagaan kan?

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

邓紫棋13岁选秀旧片!只唱23秒就被「叮」

16岁出道的邓紫棋就横扫各大音乐新人奖,有「铁肺女王」之称的她,原来13岁就开始参加选秀,且用本名邓诗颖(Gloria)。当时的她还有一张稚气模样相当可爱,不过她才开口演唱没几秒钟,评审就马上「叮」一声保送决赛。

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019
error: Content is protected !!