Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 16, 2026 @ 3:40pm

“Hipokrit Ek?” – Janna Nick Persoal Tindakan Boikot Sekadar Bermusim Atau Hanya Ikut Trend

Pelakon dan pengacara, Janna Nick, mempersoalkan sikap segelintir netizen yang didakwa mengamalkan boikot secara bermusim atau sekadar mahu menunggang isu semasa.

Menerusi perkongsian di Media sosial,  Janna menegaskan, kenyataannya itu bukan bertujuan menyerang mana-mana artis atau pempengaruh yang menerima tawaran kerja melibatkan produk boikot.

“Sorry, nak tanya netizen… Boikot ni seasonal ke?

“No hatred to all artists dan KOL yang accept boycott product job,” soalnya.

Bagaimanapun, Janna mengakui tertanya-tanya mengenai integriti dan kejujuran segelintir pihak yang lantang mengecam orang lain, namun hanya bersuara ketika isu berkenaan sedang hangat diperkatakan atau ‘trending’.

“Saya cuma tertanya mana integriti, kejujuran dan kegigihan netizen yang menghembur semua?

“Ke haritu just join the bandwagon sebab nak ride the current trending issue? Hipokrit ek,” katanya.

Namun begitu, Janna atau nama penuhnya, Nurul Jannah Muner, 30, berpendapat, setiap individu berhak membuat pilihan sendiri dan adalah tidak wajar untuk menuding jari kepada orang lain dek kerana memiliki keputusan berbeza.

Sekali gus menasihatkan netizen agar tidak berlebihan dalam menghakimi artis atau pempengaruh yang menerima tawaran kerja berkaitan produk boikot semata-mata mahu meraih perhatian.

“The best answer and action is… kita tak boleh kawal pilihan orang lain, tapi kita boleh kawal pilihan kita sendiri.

“Jadi,  kalau ada artis mahupun influencer yang accept job boycott product.. kau orang jangan judge, bash lebih – lebih just sebab nak ride trending issue.

“Sebab dekat sini, I nak remark, yang masa boycott issue tengah tak in, kau orang senyap!” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Hang In There!” – Muat Naik Video ‘Self-Healing’, Peminat Mohon Aedy Ashraf Kekal Tabah

Sayuu pula min tengok Aedy ni. Tapi, best kan layan perasaan sorang sorang, tambah lagi ada view cantik ☺️☺️ Tenangg je!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Thu, 28 Jul 2022
Featured Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Agy Sedia Berdamai Dengan Luka Lama.. Buka Kisah Peribadi & Trauma Sejak Kecil

Kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa? – Agy

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah

error: Content is protected !!