Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 19, 2026 @ 2:57pm

Imej Islamik Jadi topeng? Azira Shafinaz, Daiyan Trisha Bongkar Sisi Gelap Dunia Kebajikan Dalam Di Sebalik Jubah

Penggunaan imej agama sebagai alat manipulasi dan penyelewengan dana kebajikan menjadi teras kepada siri jenayah terbaharu, Di Sebalik Jubah, yang bakal menemui penonton bermula 22 Januari ini.

Disiarkan secara eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis, siri lapan episod itu mengangkat kisah dua beradik pempengaruh Islamik, Layla dan Amina, lakonan Azira Shafinaz dan Daiyan Trisha, yang dipuja ramai kerana imej berjubah serta sifat dermawan mereka.

Kedua-duanya mengetuai Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya meraih kepercayaan masyarakat sehingga mampu menggerakkan ribuan pengikut untuk menderma melalui pelbagai kempen.

Namun, kejayaan kutipan dana itu mula dipersoalkan apabila timbul dakwaan sebahagian sumbangan tidak disalurkan kepada golongan sasaran, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi.

Kecurigaan semakin memuncak apabila Rashid, lakonan Nafiz Muaz, seorang dermawan muda yang pada awalnya mengagumi perjuangan mereka, mula meragui kesahihan projek kebajikan yang dijalankan.

Dengan bantuannya, satu demi satu rahsia terbongkar, sekali gus menguji kepercayaan awam dan hubungan dua beradik itu apabila kebenaran tidak lagi mampu disembunyikan.

Menurut Daiyan, watak Amina menggambarkan konflik moral yang sering berlaku dalam masyarakat hari ini, khususnya apabila imej dan pengaruh menjadi ukuran kepercayaan.

“Amina terperangkap dalam keadaan yang menekan. Dia terikat dengan keluarga, namun pada masa sama sedar ada sesuatu yang tidak betul.

“Inilah yang menjadikan cerita ini relevan kerana ia memperlihatkan bagaimana imej dan kuasa boleh mempengaruhi pilihan yang sepatutnya berlandaskan nilai,” katanya.

Di Sebalik Jubah bukan sekadar hiburan, sebaliknya mengajak penonton menilai semula makna keikhlasan, amanah dan kebenaran apabila agama serta populariti disalahgunakan demi menjaga nama dan pengaruh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Nov 2020
Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Featured Fri, 17 May 2024
Events Mon, 22 Apr 2019

Here’s All the Activities You Can Do to Celebrate Parents’ Day at Resorts World Genting

You’re in for a lot of fun and games for the whole family!

Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

error: Content is protected !!