Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 20, 2026 @ 9:16am

“Orang Kata Saya Overthinking” – Scha Alyahya Tegas Jaga Pergaulan Anak

Pelakon, Scha Alyahya, mengakui dirinya seorang ibu yang cukup berhati-hati apabila melibatkan soal pergaulan anak-anak, terutama dengan individu yang tidak dikenali sama ada di alam maya mahupun dunia sebenar.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya,43, anak-anak untuk memahami batas pergaulan perlu bermula sejak kecil supaya mereka membesar dengan akhlak yang baik dan tidak terlalu bebas.

Mengulas pandangan sesetengah pihak yang menganggap dirinya terlalu risau, Scha berkata kebimbangan itu adalah naluri semula jadi seorang ibu demi memastikan keselamatan zuriatnya terjamin.

“Awal selalu kata saya ‘overthinking’, tapi bagi saya itulah naluri seorang mak. Perkara asas macam jaga batas pergaulan memang perlu diajar dari awal.

“Kalau kita biasakan dari sekarang, insya-Allah bila mereka besar nanti, akhlak pun elok dan tak terlalu bebas,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi beg terbaharunya, The Nexx.

Tambah Scha, pendedahan awal ini penting agar anak-anak sudah faham cara menjaga diri serta tahu membezakan perkara baik dan buruk apabila mereka meningkat dewasa.

Dalam masa sama, Scha menegaskan ibu bapa sebagai individu paling rapat dengan anak-anak memainkan peranan besar dalam mencorakkan masa depan mereka, termasuk menetapkan had tertentu dalam aspek sosial.

Selain pergaulan, Scha bersama suaminya, Awal Ashaari, turut mengambil pendekatan tegas dalam penggunaan gajet di rumah.

“Kami memang hadkan penggunaan iPad, mereka hanya boleh guna pada hujung minggu. Lara cuma boleh pegang telefon atau iPad pada hari Sabtu dan Ahad saja.

“Dia juga tak ada akses kepada media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Facebook. Saya hanya benarkan dia guna masa cuti sekolah.

“Aplikasi yang dibenarkan pun terhad dan sentiasa dipantau. Kalau saya rasa dia terlalu lama menghadap skrin, saya akan tutup akses untuk anak-anak,” jelasnya.

Tegas Scha, walaupun teknologi kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, perkara paling penting adalah kesedaran untuk tahu menjaga batas demi kebaikan anak-anak.

Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Nafi Jenama ‘Ayaaya’ Ditaja Pihak Tertentu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Lagu Hasrat ‘Point Of View’ Arwah Bapa, Air Mata Amir Jahari Tumpah Selepas Diumum Layak Ke AJL38

Min pun mengalirkan air mata bila Amir nyanyi lagu Hasrat ni🥹😭

Featured Fri, 13 Feb 2026

Gelar Bapa Tiri Puteri Balqis ‘Kurang Ajar’, Daler Yusuf Minta Maaf – “Saya DM Dia Tapi Tak Respons”

tujuan teguran itu dibuat hanyalah untuk mengingatkan golongan lelaki khususnya menjaga tutur kata terutamanya terhadap wanita.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

100% Leader Seo Min Woo Passes Away at Age 33!

He is way too young to be gone 🙁

Featured Tue, 19 Aug 2025

Daniel Fong Anggap Lakon Babak ‘Buka Baju’ Perkara Biasa – “Mungkin Sebab Badan Saya ‘Not Bad'”

Pelakon Daniel Fong terbuka untuk melakonkan babak ‘buka baju’ sesuai dengan tuntutan naskhah lakonannya.

Featured Tue, 19 Nov 2024
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

Semoga semuanya baik-baik selepas ni…

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Itu Hanya Lakonan, Saya Masih Gagah’- Fikry Ibrahim Jawab Soalan Warganet

Takkan lah berlakon watak lembut bermakna dia tu betul-betul lembut…ye tak?

Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Filem Superhero DC Terbaru, Shazam Bakal Gegar Panggung!

Dikatakan menjadi saingan buat Captain Marvel DC Bakal muncul dengan filem superhero terbaru iaitu Shazam!

error: Content is protected !!