Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2026 @ 2:00pm

“Jangan Salah Faham, Video Itu Hanya Content” – Zairi Aziz

Pelakon meningkat naik, Zairi Aziz meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas kononnya cenderung ke arah LGBT susulan penularan sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Zairi, 24, video yang memaparkan dirinya bersama rakan selebriti, Farihin Arnia, hanyalah kandungan hiburan berbentuk permainan yang dirancang pihak produksi dan langsung tidak membawa sebarang maksud lain seperti disalah tafsir netizen.

“Sejujurnya, benda itu tak ada apa-apa pun. Tapi saya kecewa bila ada yang terus buat andaian saya ke arah LGBT atau gay. Perkara itu memang tak wujud.

“Saya harap orang ramai tak salah faham kerana ia sekadar permainan untuk ‘content’ sahaja,” katanya ketika ditemui XTRA.

Mengulas hubungan rapatnya dengan Farihin, Zairi yang juga adik tiri kepada aktres Nasha Aziz menegaskan keakraban mereka lebih bersifat persaudaraan dan tidak melibatkan sebarang unsur pelik seperti didakwa.

“Hubungan kami sangat rapat, dah macam abang dan adik. Tak pernah ada rasa jijik atau perkara yang tak sepatutnya antara kami,” jelasnya.

Tambah Zairi, permainan tersebut memerlukan dua peserta berhadapan dan memakan biskut panjang sehingga mencapai ukuran yang ditetapkan pihak produksi.

“Saya hanya duduk diam, manakala Farihin yang perlu bergerak ke arah saya untuk dapatkan saiz kira-kira dua sentimeter (cm). Sebab itu jarak kami nampak sangat dekat dalam video,” katanya.

Terdahulu, video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi netizen selepas ia tular di media sosial, termasuk dakwaan liar mendakwa dia tergolong hubungan LGBT susulan reaksi serta jarak wajah yang dilihat seakan bercium.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

Trending Thu, 7 Mar 2019

Tips Cari Kerja! Gadis Ini Berkongsi Cara Menulis Resume Yang Betul

Korang boleh baca perkongsian gadis ini di Twitter mengenai cara membat resume yang betul. Perkongsian gadis yang bernama Anis Azuwa ini mendapat sebanyak 4.5 likes di Twitter

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Mon, 2 Jul 2018

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hari Raya Kedua orang sibuk beraya, lelaki ini sibuk mencabul pula. Kan dah kantoi!

Selebriti Thu, 9 Nov 2023
Trending Mon, 7 Oct 2019

Invading Privacy or Plain Rude; Shawn Mendes Made Fans Conflicted

Wherever there’s Mendes, there’s always a scandal.

Featured Wed, 4 Jan 2023
error: Content is protected !!