Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2026 @ 7:55pm

“Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara

Pelakon, Puteri Balqis akhirnya bersuara lantang apabila tampil membuat teguran terbuka terhadap selebriti, Mia Sara Nasuha, yang didakwa pernah memfitnah dirinya serta keluarga sehingga memberi kesan besar terhadap emosi dan maruah mereka.

Menerusi satu hantaran panjang dan penuh emosi di Instagram (IG), Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish, 18, secara terbuka mencabar Mia agar berjumpa secara berdepan dengannya, bukan berlindung di sebalik media dan wartawan.

“Kau menangis beria depan wartawan. Beria kau cerita kau banyak kelebihan yang orang tak tau. Kau dengan kawan kau seekor lagi sama je. Gunakan wartawan dan blog,” luahnya.

Aqish turut meluahkan rasa marah dan kecewa apabila ibunya didakwa menjadi sasaran sehingga menjejaskan kesihatan mental wanita tersebut.

“Ade kau pikir perasaan mak aku, mental health mak aku waktu kau malukan dia in public? In public kau comment mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku,” katanya.

Dalam pendedahan sama, Aqish mendakwa Mia turut menyokong komen-komen berunsur hinaan terhadap dirinya dan ibu, selain menyebut individu tertentu yang didakwa terlibat secara langsung.

“Kau ‘like’ comment-comment yang hina aku dan mak aku. Untuk apa kau buat semua tu? Manager kau, geng kau, Melaka Boy hina mak aku dalam Twitter terang-terangan. Last ayat ‘Kita siasat’. Ingat?” katanya.

Lebih mengejutkan, Aqish mendedahkan satu insiden lama yang disifatkannya sebagai cubaan memperangkap ibunya menggunakan alasan tawaran kerja, hanya beberapa minit selepas hinaan dilemparkan di media sosial.

“Just a few minutes lepas hina mak aku dalam Twitter, Melaka Boy DM mak aku, kenakan mak aku dengan ayat nak jumpa, nak bagi aku job. Trap mak aku cukup-cukup.

“Cuba kenakan mak aku cukup-cukup. Kalaulah mak aku pergi bawak aku waktu tu, apa jadi dengan kami berdua?

“Tak ada siapa tahu apa jadi belakang camera. Yang blog akan ambil, buruk kami tanpa tahu itu semua kerja geng kau, Melaka Boy,” katanya lagi.

Aqish menegaskan dia tidak pernah melupakan apa yang berlaku dan menolak dakwaan kononnya dirinya tidak sedar atau mudah diperdaya.

“Kau ingat aku lupa? Kau ingat aku bodoh? Kalau kau lupa macam mana geng kau cuba trap mak aku dengan guna nama aku, aku ingatkan balik. Kami diam bertahun. Tak ada seorang tahu,” luahnya.

Aqish turut mendakwa Mia dan individu terdekat menggunakan hubungan dengan artis-artis besar sebagai jalan untuk menaikkan nama dalam industri.

“Kau, bapak kau, manager kau bodek artis-artis nama besar untuk naik. Kau dan geng kau tak perlu buat kerja kotor belakang camera. Semua orang tau family kami teruk. Family kami kucar-kacir, huru-hara, bertatu satu badan. Tapi tak perlu khianat family kami dalam diam,” katanya.

Aqish secara terbuka mencabar Mia dan rakan-rakannya yang didakwa mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan untuk terus menggunakan media sekiranya itu pilihan mereka.

“Now kau, yang rasa kau hebat, kawan-kawan kau yang ramai tu, Melaka Boy kau yang banyak connection dengan artis-artis besar tu, macam biasa boleh call wartawan, boleh gunakan wartawan dan blog untuk backup diri. Dipersilakan,

“Dan seperti biasa, jangan lupa open bottle ramai-ramai kat club, gelak ramai-ramai bila geng kau menang. Dan kembali bercerita tentang agama bila post dalam media sosial. Boleh ajak aku sekali sebab family aku kurang didikan agama,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Sebelum ini, Mia Sara menjadi sorotan ramai selepas menangis teresak-esak ketika meluahkan rasa kecewa dan mendakwa dirinya masih dipandang sebagai pelakon kanak-kanak, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: “Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Bakal Bersaing Dengan Marsha Milan & Ernie Zakri… “Tipulah Kalau Saya Tak Pressure” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih […]

Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

Trending Wed, 21 Oct 2020

Hanya 10 Peratus Pekerja Dibenarkan Bertugas

Bukan semua kena work from home okay!

Featured Wed, 25 Jun 2025

Gagal Tahan Sebak, Syed Saddiq Dilepas Bebas Dari 4 Pertuduhan

Syed Saddiq akhirnya bebas dari pertuduhan.

Trending Mon, 23 Mar 2020
Featured Sun, 8 Aug 2021

Kelonggaran Pergerakan 2 Dos Vaksin Bermula Selasa, Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Umum maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. Difahamkan, kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021 untuk negeri-negeri yang berada […]

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

error: Content is protected !!